Pandangan

Pengorbanan Bot Kecil

Saja belek mai belek pi maklumat petunjuk kes kluster. Rasanya sapa saja yang diamanahkan buat penilaian risiko ketika ini, perlu lebih jujur dan realistik dalam memberikan penasihatan dalam menguruskan krisis ketika ini.
peningkatan jumlah kluster tempat kerja dalam tempoh PKP berkuatkuasa memperlihatkan ketidakseimbangan dalam pengurusan risiko ketika ini, secara tidak langsung akan merencatkan usaha memutuskan jangkitan COVID.


Dalam situasi sekarang kita tak boleh menang semua, kita kena fokus usaha mana yang memberi kesan yang lebih baik kepada negara. Mungkin dengan mengetatkan PKP secara menyeluruh dalam semua sektor tanpa menyecualikan sektor industri mungkin mengakibatkan kerugian kepada negara dalam satu tempoh sahaja. Tapi mungkin reward yang kita akan dapat lebih dari yang kita akan rugi ketika ini.


Berbanding membenarkan sektor tertentu beroperasi atas tiket ekonomi dan tapi sektor tersebut menyumbangkan peningkatan kes covid. ketika sektor lain yang peratusan kes jangkitannya rendah tapi terpaksa tidak boleh beroperasi. Mungkin dalam satu tempoh jangka pendek ia kelihatan usaha mengimbangkan antara ekonomi dan kesihatan sangat baik. Tapi jika tengok dengan pandangan jauh sektor yang ditutup ketika ini akan memberikan kesan lebih serius yang mampu meragut masa depan rakyat.


Harap dalam tempoh 11 hari mendatang ada usaha untuk mempastikan tiada lagi sektor ekonomi menyumbang kepada peningkatan kes atau kluster baharu. Jangan siakan pengorbanan bot-bot kecil dan sederhana, depa ni takda backup bot dah berbanding kapal besar, andai dipukul ombak bot backup ada dikiri dan kanan kapai dia.


Hungary boleh buat, awat kita tak boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *