Mungkin kaedah pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam tempat kerja tidak diutamakan dan masih mengamalkan norma kerja yang sedia ada sebelum ni. Jika setiap tempat kerja masih tidak berubah atau membuat penilaian risiko bagi setiap aktiviti ditempat kerja dan mengadakan kaedah kawalan yang sepatutnya. Maka setiap hari kita akan terus dihidangkan dengan jumlah kes jangkitan tempat kerja dan kewujudan kluster kluster baru.
SOP yang dibuat bukan sekadar untuk kecantikan dan kosmetik untuk tujuan bermegah megah bagi keperluan jenama sahaja. Ia perlu dipatuhi oleh setiap pekerja. SOP yang dikeluarkan diperingkat pihak berkuasa adalah SOP bersifat umum dan setiap tempat kerja masih perlu menilai risiko bagi setiap aktiviti dan menambah baik dalam SOP aktiviti yang dijalankan ditempat kerja.
Majikan dan pekerja perlu menjalankan tanggungjawab mereka, dari pengamatan apa yang sedang berlaku semua pihak masih mengharap orang lain yang tolong pastikan keselamatan mereka. Perlu semua orang fahami pandemik ini bersifat seperti ombak ada turun dan naiknya. Keadaan sekarang bukan seperti bencana yang pernah kita hadapi sebelum ini dimana ia bersifat sementara. Dalam 3 tahun ini kita tidak akan kembali kepada keadaan sebelum 2020.
Apa pilihan yang ada kepada kita semua? tuding jari tak akan menyelesaikan masalah. Semua perlu membuat perubahan berdasarkan penilaian risiko disekeliling dan dibawah kawalan kita. Berubatlah ditempat yang kita sakit, bukan tempat yang tak sepatutnya. Jika tidak, tiada penyelesaian.

