Mengenai Azam Rashid

Bukan seorang blogger yang baik. Bukan seorang Content Creator yang kreative yang mampu menarik perhatian orang. Menggunakan medium website sejak 1998 dengan menggunakan geocities, dan pelbagai jenis platform sebelum bertukar ke wordpress dan menggunakan domain nama sendiri.

Pernah bercita-cita nak buat duit dengan penulisan, tak berjaya. Web ni dah runtuh 2 kali. Kali pertama pada tahun 2011 dan yang kedua pada 2019. Nice. Backup, ada tapi macam terkesan jugak.

Musim tulis blog telah berlalu, ya aku setuju. Sebab apa nak buat jugak. Kepuasan bila kita baca balik apa yang kita tulis. Bagi versi kali ni aku akan cuba berkongsi tentang apa aku usahakan iaitu keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Ini harus aku akui ini ilmu yang aku ada, tak banyak macam seorang cendiakawan, tapi boleh la share.

Aku umpama tanam pokok, kalau pokok tu berbuah dan boleh aku makan alhamdulillah, tapi kalau orang lain makan mungkin itu rezeki depa,