Eat more, play more, learn more :P
Kehidupan

Dunia Tak Pernah Adil

Bila tengok apa yang berlaku disekitar kita kebelakangan ini memang akan mencerminkan dunia yang sebenarnya. Masing masing dok cari keadilan, kesempurnaan, kegemilangan. Tapi bila lihat secara mendalam sebenarnya semua bukan mewakili majoriti apa yang difikirkan. Setiap manusia didunia ni ada dia punya cara menterjemahkan dan memahami mengikut bahasa diri masing masing.

Bila tengok sukan harini memang jelas dunia tak adil. Cuba kita lihat dunia hanya pandangkan kejayaan. Yang penting gelaran, level mana pon janji ada gelaran. Paling jelas bila tengok sukan hoki, walaupun main piala dunia, tapi tidak begitu luck kali ini dengan 2 kekalahan dan satu seri yang melenyapkan peluang ke suku akhir. Langsung tak didengari pujian seperti mana ketika mereka menentang jepun tahun ini. 

Di media kita hanya lebih menfokuskan AFF Suzuki 2018 sahaja, berbanding piala dunia. Nampak perbezaan bagaimana layanan dunia kita, hanya gelaran yang dipentingkan. Level tak dipentingkan langsung. Kejam betul dunia. Sehebat mana pun yang penting ko menang baru lampu sorot tuju kearah ko… bila ko gagal sepi.

Begitu juga dengan hasil usaha kita, jangan terlalu berharap orang atau masyarakat akan kenang sampai bila bila, bohong belaka, dunia pasti lupakan kita, usaha kita, ianya tak akan kekal. 


Pandangan

Apa implikasi ICERD?

Pagi ni rajin pulak menyelak portal berita, sebab nak baca tentang 2 kemalangan udara yang berlaku dalam tempoh 3 hari iaitu hari sabtu tentang kejadian helikopter pemilik Leicester City terhempas di hadapan stadium dan satu lagi yang melibatkan kemalangan di indonesia yang mengorbankan sejumlah nyawa. Namun apa yang lebih menarik perhatian berita tentang salah seorang menteri yang boleh dikatakan sentiasa berubah kenyataannya dan pernah dia bagitau yang ada kenyataan yang dikeluarkan mungkin diputarbelit oleh wartawan. Tak pasti betul ke tak sebab segalanya mungkin. Berita dia mengundang pemimpin parti lain untuk mendengar penerangan mengenai ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination). Dengar ceritanya negara kita bakal menandatangani resolusi ini.

Namun apakah sebenarnya fungsi dokumen ini, sehingga menjadi keperluan kepada negara kita menandatangani. Saya baca sekali lalu dokumen ini dan merasakan sesuatu yang besar akan berlaku. Implikasi tidak sihat bukan setakat perbezaan bangsa tetapi juga ianya akan melibatkan kepercayaan kita. Dokumen yang terbahagi kepada 3 bahagian utama yang mengandungi 25 artikel.

Saya petik artikel 5 (d)  Read more

Kehidupan

5 Nasihat kepada diri sendiri sementara teringat,

Nasihat kepada diri sendiri sementara teringat,

jangan sombong dan jangan ego. Setiap orang dari pelbagai level dalam organisasi ada tugas dan tanggungjawab seharusnya kita perlu hormati. Tak kira kita tuh mengaji tak habis mahupun yang mengaji habis hingga khatam. Janganlah kerana terlalu tinggi pangkat kita dan pandainya kita berbahasa orang dari negeri atas angin, menghalalkan kita utk berkata kata indah seperti why i should talk to you. Takut suatu ketika nanti semasa kita dalam kesempitan atau dalam kita kelemahan insan tersebut mengembalikan semula dengan kata kata sepertimana yang pernah diungkapkan oleh kita. Walaupun insan tersebut tidak pernah sampai ke negeri atas angin. Read more

Kerja

#Lambattangkap

Aduh macam mana la aku tak perasan yang sebenarnya benda yang diaorang buat adalah untuk buat resolusi bagi mengiyakan bahawa ketidakkebolehan aku untuk deliver benda. That why the same words continuously keluar berkali-kali. Aku khayal dengan idea sendiri, jemmm. Selepas 5 jam baru perasan bahawa sebenarnya aku dah dismiss. Aduh macam mana la tak boleh hadam seawal minit pertama.

Sangat buang masa aku rasa. Personaly cakap sepatutnya aku tak perlu share apa pun, bila mana persepsi terhadap hasil yang diusahakan dah berbeza. Aku ja perasan emas rupanya orang lain pandang sebagai ia sebagai habuk. Ia membuatkan orang makin benci dengan idea yang berterusan aku keluarkan, depa dah block tapi yang aku kurang sensitif.

Damn! silap aku…all the best…. gua simpan gua punya pandangan. Lu orang lagi layak dari gua. Hopefuly pada masa datang aku improve my knowledge .

10 Sebab Pegawai Tadbir Universiti Tak Layak jadi Pendaftar Universiti

Setelah hampir 7 tahun dari kali pertama aku dengaq dari satu majlis bersama persatuan group skim lain itu, akhirnya baru aku dapat kenalpasti dan bersetuju dengan pendapat kumpulan tersebut.

Awalnya aku agak defendsif dengan pandangan mereka, tapi selepas melalui secara dekat aku sangat bersetuju dengan pendapat tersebut bahawa jawatan tertinggi pentabir dalam universiti iaitu Pendaftar sebenarnya tak layak dipegang oleh Pegawai Tadbir.

Nak tau sebabnya? Nanti aku listkan 10 sebab