Pandangan

𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐍. 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓.

Selepas PMX umum semalam kuota BUDI95 dikurang dari 300L ke 200L sebulan, ramai yang marah.

Termasuk aku hahahhaaha…

Mana pi formula bijak dulu main dengan angka yang cantik dan mengundang orang yang merasakan diri mereka bijak pandai untuk menyokong dia.

Tapi akhirnya back to square one hahah

Saya faham perasaan tu selepas janji #ptptn goes to the sea kekeke.

Tapi mari kita duduk sekejap dan tengok data sebenar.

Harini aku giat sikit sebab nak cari info sebab geram haha

ini 5 point aku dapat.

𝟏. 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐔 𝐯𝐬 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆

Tahun 2005:

✅ Kita KELUARKAN 726k tong minyak sehari

✅ Kita GUNA 522k tong sehari

✅ Lebihan +204k tong — kita jual lebihan tu

Tahun 2026 (sekarang):

❌ Kita KELUARKAN dalam 490k tong sehari (anggaran)

❌ Kita GUNA 950k+ tong sehari

❌ DEFISIT -460k tong — kita BELI dari luar

Jadi dalam masa 20 tahun je, kita dah jadi PENGIMPORT BERSIH minyak. Rasmi sejak 2022.

Read more: 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐍. 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓.

𝟐. 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐍𝐈?

Rupanya pasai utama adalah telaga minyak kita SEMAKIN TUA macam ayam telur makin tua makin sikit nak menopos le tuh.

Petronas sendiri akui pengeluaran domestik dah turun dari puncak 862k tong (2004) kepada bawah 500k sekarang.

Ini bukan salah sesiapa ini sifat semula jadi sumber alam yang ada had.

Marka lama kita pun makin kecut tapi masih segak la dengaq kata bujang balik 😛

Pada masa sama, tanpa kita sedar kita la ni guna minyak MAKIN BANYAK.

Kat atas jalan lebih kereta, lebih kilang, lebih aktiviti ekonomi.

Permintaan tak berhenti nak beli cheery la civic la X50 la, gerai goreng pisang la char kuewteau la.

Ride pi siam la dengan xmax…huh

𝟑. 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐌𝐗 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐑𝐌𝟒 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐔

PMX kata semalam bil subsidi dah cecah RM4 BILION sebulan.

Kalau hang pa nak tau masa dia jual idea dia dulu, Masa tu negara kita masih level pengeksport, teorinya harga minyak naik = kerajaan untung lebih = boleh subsidi lebih senang.

Tapi sekarang hakikatnya kita dah jadi negara pengimport, bila harga minyak naik = kerajaan kena BAYAR LEBIH untuk import = bil subsidi MAKIN MAHAL.

Terbalik situasinya.

Itu sebab kuota kena turun.

So bukan pasal kerajaan tak nak tolong tapi duit dan rizab kita ada had, dan krisis dunia sekarang ni luar biasa teruk.

Dejei betui penjajah teram pasai dia kita susah hahaha.

𝟒. 𝐀𝐊𝐔 𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐈

Bukan “kenapa harga naik?” sebab jawapannya dah jelas, selat Hormuz disekat, bekalan dunia terganggu.

Tapi soalan yang lebih penting: “Apa rancangan jangka panjang kita untuk kurangkan pergantungan pada minyak?”

Paras subsidi RM4 bilion sebulan ni tak boleh berterusan selama-lamanya. Dan kita pun tahu minyak Malaysia akan habis dalam masa 10-15 tahun lagi kalau tiada penemuan baru.

Itulah soalan yang perlu kita paksa semua pihak kerajaan atau pembangkang jawab dengan serius.

Pembangkang pun jangan la lekeh sangat cari data yang membina sikit.

𝟓. 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐈 𝐏𝐔𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐏𝐈..

Saya tulis ini sebab geram hahaha dulu sembang kemaih.

Tapi geram-geram pun, kita kena cari fakta.

fakta tetap fakta, dan kita semua perlu faham realiti negara kita sendiri sebelum nak melenting ka nak tulis ka pastikan data betui🙏

Selamat hari raya na saya tulis untuk fahamkan saya ja,

Mula minggu depan saya akan kayuh gerek balik

Nota Penulisan ini dari FB saya https://www.facebook.com/share/p/1LxX5yGkc9/

#KrisisTenaga#Malaysia#BUDI95#MinyakMalaysia#eatmoreplaymorelearnmore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *