
Aku just nak share apa yang aku alami dalam tempoh sebulan ni. Boleh kita katakan takda luck untuk aku dalam urusniaga pembelian /penyewaan kereta.
Bermula pada Oktober 2019, bila mana almera aku dilamar selepas hampir 3 tahun diiklankan. Selepas adat merisik dan tanda janji maka tertumbprint lah penukaran pemilik bagi almera aku.
Namun penganti tidak semudah yang dirancang bilamana penggantinya telah distopkan pengeluaran. Mungkin sebab komplen yang banyak dan ada jugak rumor mengatakan, syarikat pengeluar menunggu perlaksanaan dasar kerajaan.
hampes jangkaan aku pasti harga akan naik.
Ramalanku benar belaka, setelah hampir 6 bulan menunggu benar harga pengganti almera mengalami kenaikan harga, demi negara mahal pon ku beli nok.
Yup bila buat proses pembelian, disini yang akan membezakan jurujual yang bagus atau tak. Aku beli kereta 3 kali dan ketiga-tiganya ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kritikalnya yang kali ni paling major kesalahan yang dia buat adalah gagal berbincang dengan bank bagi menetapkan tarikh akhir bayaran ansuran bulan.
tarikh akhirnya sebelum hari gaji #jem.
ajamz
July 18, 2020 at 11:52 am
Alhamdulillah settle