Saja belek mai belek pi maklumat petunjuk kes kluster. Rasanya sapa saja yang diamanahkan buat penilaian risiko ketika ini, perlu lebih jujur dan realistik dalam memberikan penasihatan dalam menguruskan krisis ketika ini.
peningkatan jumlah kluster tempat kerja dalam tempoh PKP berkuatkuasa memperlihatkan ketidakseimbangan dalam pengurusan risiko ketika ini, secara tidak langsung akan merencatkan usaha memutuskan jangkitan COVID.
Dalam situasi sekarang kita tak boleh menang semua, kita kena fokus usaha mana yang memberi kesan yang lebih baik kepada negara. Mungkin dengan mengetatkan PKP secara menyeluruh dalam semua sektor tanpa menyecualikan sektor industri mungkin mengakibatkan kerugian kepada negara dalam satu tempoh sahaja. Tapi mungkin reward yang kita akan dapat lebih dari yang kita akan rugi ketika ini.

Leave a Reply