Bila tiba waktu organisasi untuk meraikan anugerah, aku tak boleh lari dari berfikir tentang segala pencapaian sepanjang tahun mana tau kot tahun ni rezeki aku. Rasanya macam baru je semalam aku mula merancang dan bekerja keras untuk mencapai segala matlamat yang ditetapkan. Bila aku renung balik, tahun lepas memang sangat produktif. Ada banyak perkara yang berjaya diselesaikan, banyak ilmu baru yang aku pelajari, dan lebih penting lagi, banyak cabaran yang aku hadapi dan harungi.
Kejutan Yang Tak Diundang
Tapi, seperti biasa, hidup tak selalu seperti yang kita harapkan.
Jumaat petang beb, aku buka emel dengan harapan akan dapat berita baik. Mungkin jemputan ke anugerah, atau sekurang-kurangnya satu pengiktirafan kecil atas usaha yang aku dah curahkan. Tapi, siapa sangka, yang datang bukan jemputan, tapi… surat tunjuk sebab. Emel yang sama sekali tak aku jangka.
Bayangkan perasaan aku ketika itu – seperti terhempas dari awan ke bumi, dalam sekelip mata.
Menghadapi Kekecewaan
Sedih? Kecewa? Pasti. Takkanlah aku nak kata aku tak rasa apa-apa, kan? Semua orang pasti ada masa-masa di mana perasaan tu datang menghantui. Kekecewaan memang ada, tak dinafikan.
Tapi aku cuba untuk tak terlalu lama terperangkap dalam emosi tu. Hidup kadang-kadang memberi kita ujian yang tak disangka-sangka, dan ini mungkin salah satu darinya.
“Kadang-kadang, jalan yang kita fikir akan membawa kita ke puncak, rupanya membawa kita ke lembah untuk kita belajar dan bangkit lebih kuat.”
Mencari Hikmah Di Sebalik Dugaan
Biarpun tak seperti yang aku harapkan, aku cuba untuk lihat ini dari sudut pandang yang lebih luas. Setiap kejadian dalam hidup ni ada tujuan dan hikmahnya. Mungkin ini adalah peluang untuk:
- Belajar lebih banyak tentang diri sendiri
- Menguji kesabaran dalam menghadapi kekecewaan
- Memperbaiki kelemahan yang mungkin tak disedari sebelum ini
- Mencari jalan alternatif yang mungkin lebih baik
Bangkit Semula
Jadi, walaupun perasaan kecewa tu datang, aku cuba untuk tak biarkan dia menguasai diri. Aku percaya, ini bukanlah pengakhiran. Ini hanyalah permulaan kepada langkah baru yang lebih kuat.
Dalam hidup, tak selamanya kita akan dapat apa yang kita impikan, tapi yang penting adalah bagaimana kita bangkit setiap kali kita jatuh.
Terus Melangkah
Kita tak tahu apa yang akan datang selepas ini, tapi satu perkara yang pasti, aku akan terus maju. Kejayaan atau kegagalan, semuanya adalah sebahagian daripada perjalanan. Dan perjalanan ini, walau penuh dengan liku, tetap akan diteruskan.
Aku percaya, setiap usaha dan pengorbanan pasti akan membawa hasil yang setimpal, hanya masa yang akan menentukan.
Leave a Reply