Alhamdulillah selesai tugasan menguruskan sukan yang aku suka iaitu sukan catur. Sejak 2007 sertai pasukan ini dari sebagai pemain dan pengurus. Pencapaian terbaik adalah 3 orang anak hahaha… sebab bertemu jodoh disini.
Macam pengalaman menyertai NGO, dalam sukan ni banyak juga yang aku dapat ketika main, menguruskan pasukan dan menguruskan kejohanan. memang sangat seronok. Ketika awal 2007 team boleh kata sangat basic. pengetahuan sangat kurang kerana kebanyakan pemain tidak berapa faham cara bermain di kejohanan. Kebanyakkan hanya main kat kampung sahaja.
Bila semua pemain mula didedahkan dengan pemainan yang lebih berstruktur, seperti diperkenalkan dengan konsep opening, menguruskan midle game dan cara untuk menamatkan game. Barulah minat makin mendalam.

Leave a Reply