Lama tak berkongsi dalam blog ni walaupun banyak yang hendak dikongsi. Terutamanya pengalaman sepanjang tempoh 3 tahun ni. Boleh kata setiap hari ada ilmu yang baru, ada pengalaman yang dilalui. Dalam tempoh ini bagi aku perjalanan dari satu point A ke point B lebih cepat berbanding sebelum ni dalam kerjaya aku.
sebelum ni aku tak pernah perasan dimana ramai yang dok bercerita kehidupan ibarat kitaran roda yang ada naik dan turun. Kehidupan juga begitu pada satu ketika kita akan sampai kemuncak tapi mungkin kita takdapat meneka adakah kita sekarang berada diposisi mana adakah dipuncak atau kita dah berada dilereng penurunan.
Tapi kat mana saja kita duduk konsep pengurusan diri perlu sama kena terapkan dalam hati dan laksanakan sebaik mungkin konsep penambahbaikan berterusan. Sebab apa kita sebenarnya tak pernah sempurna dalam kehidupan kita. Tapi tidak boleh tidak kita cuba usaha untuk jadi sempurna.
Niat aku akan cuba terus berkongsi dalam ni biarpun ia sangat mencabar