Kerja

Mac Bulan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Bismillahhirahmanirahim,

Insyallah projek terbaru yang akan datang adalah bulan keselamatan dan kesihatan pekerjaan UniMAP tempat kerja aku. Matlamat aku dan rakan-rakan nak buat sebab nak menceritakan KKP dalam bentuk yang lebih menarik dan santai. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Apapun cabaran telah bermula haha dengan bajet ciput. Halangan? Taklah.. kena cuba la.

Emmm program ini sebenarnya dah dibuat secara kecil-kecilan dari 2007 tapi mula 2009 mula buat secara skala yang besar. Mula dari hari kemudian minggu kini tahun ini cuba bulan pulak. Sebabnya kalau buat minggu terasa sangat cramp dengan program. Kekuatan ofis taklah banyak sebab kami semua masih lagi dengan status unit. Tapi kalau nak upgrade dari unit kepada bahagian pon boleh haha sebab perancangan dah ada tapi bos masih rasakan tak bersedia. Kita dah buat succession plan.

Berbalik tentang pengisian program Mac Bulan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UniMAP 2012. Tahun ni masih mengekalkan Seminar, Safety Challenge , pertandingan fotografi dan Pemeriksaan kesihatan. Ala yang tuh semuakan semua selalu buat hehe. Cuma program Debat Keselamatan & Kesihatan digugurkan dan digantikan dengan 2 program baru, UniMAP Heritage dan Kayuhan Kesihatan : Cabaran Pauh Putra. Read more

Kerja

Belanjawan 2012 : UniMAP tak dilupakan

Terkejut jugak bila nama UniMAP tersebul dalam belanjawan 2012 dimana sejumlah peruntukan disediakan untuk UniMAP bagi pengembangan R&D dan pembangunan Universiti. Dalam usia 9 tahun dan bakal menyambut ulang tahunnya yang ke 10 tahun depan pastinya ini berita baik. Read more

Lagi Santapan

Tahniah sapa yang akan grad. Majlis tahun ni takda buku yang libatkan office aku. Tak macam tahun dulu-dulu tiap tahun ada.

Tahun ni diaorang maklumkan ada issue copyright sebab tuh tak leh publish. Apapun benda takleh kena hormati tapi tahun depan kena ada jugak kalau tak terus tenggelam la

Posted with WordPress for BlackBerry.

Kerja

Permulaan Yang Sakan Dan Realiti

So hari ni, settle sebuah school untuk dipantau. Semuanya ada 8 school untuk dipantau dan tengok tahap keselamatan dan kesihatan di school tersebut. Setiap school minimanya ada 10 ke atas buah makmal dan bengkel. Hari pertama ini 16 buah lab berjaya dilihat daripada 26 buah. Tahapnya hrmm perlu dipertingkatkan. Rasanya dipihak aku perlu merancang lagi program yang lebih menarik dan mudah difahami agar penyampaiannya sampai hingga kepada peringkat sasaran.

Makin banyak pemantauan makin rasa realitinya, kesan program kesedaran yang dirancang macam syok sendiri saja. Perlu ada kajian sebelum bangunkan perancangan jangka panjang dan pendek bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.