Pandangan

3 Elemen Tambahan Kalau Fans Page Facebook Pun Nak Di Rankingkan…

Dua tiga bulan ni memang perasan dengan perkongsian data dan info mengenai IPT di Malaysia, banyak aktiviti yang dikongsikan melalui group-group dalam aplikasi whatsapp mahupun telegram. Dalam banyak banyak perkongsian, cuma satu perkongsian yang agak janggal bagi saya.

Perkongsian mengenai ranking universiti berasaskan jumlah fans. Lagi satu sistem ranking yang diwujudkan bagi universiti-universiti berlumba antara satu dengan lain. Trend berlumba-lumba ranking dah jadi rutin di IPT/UA. Dalam sistem ranking fans terbanyak, universiti yang mempunyai fans yang banyak menduduki tangga teratas dan yang paling sedikit fans dia akan berada ditangga terbawah.

Ini menguntungkan banyak IPT/UA yang dah lama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Namun ada kelemahan disebalik sistem ranking tersebut.

Read more

Kerja

Oktober ini dah 9 tahun aku disini

Selepas 6 hari baru tau yang aku dah berkhidmat di Universiti Malaysia Perlis selama 9 tahun. Pada bulan oktober ini dah 9 tahun aku disini mencari rezeki dibumi kelahiran. Rupanya laju jugak masa, bila dikenang kenang dari pinggang 33 la dah jadi 40. Masuk dulu kurus kering dan la jadi gemok gedempol.

9years

Timeline aku dari grad

2003 – Penggangur

2004- Kontraktor Binaan (Coexist Sdn Bhd)

-Pengusaha Kedai Komputer Edutech (Coexist Sdn Bhd)

– Bhg Jaminan Kualiti KPT

2005 – Persatuan Alumni UKM

– KUKUM

Alhamdulillah disini dari jaga makmal pi jaga pemantauan pembangunan ke keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Itu skop kerja yang pernah dilalui. Lepas ini mungkin lebih mencabar. InsyaallahMoga aku  boleh bagi yang terbaik serta lagi baik dan mampu menghasilkan benda yang bermanafaat yang boleh digunakan oleh semua orang.

Kerja, Pandangan

Lama sungguh tak terlibat dengan siasah kampus. Hari ni berpeluang tengok macam mana budak UniMAP menjalankan aktiviti ni.  Kali terakhir terlibat pada tahun 2004, dimana ketika itu sudah bekerja tapi join jugak sebab minat dengan aktiviti ni. Selepas pada tuh balik bekerja dinegeri kelahiran takda pula terlibatnya. Ini kerana skop kerja tak lagi sama. Tak banyak akses dengan student dan lebih menjurus kepada pengurusan sahaja.

Kali pertama terlibat pada awal 2000 dimana tahun pertama aku jadi pelajar. Suasana ketika tuh best (bagi aku la) dimana ada kempen dari dewan kuliah, perang poster dan yang best sekali ucapan umum di DECTAR. Pelbagai jenis cara penyokong buat untuk menceritakan dan menarik perhatian pengundi yang baru macam aku ketika tuh. Tak kira la kau tuh tudung labuh ke pakai skrit ke sama ja  berlawan dalam dewan dengan wisel dan kain kecik. Tahun itu kem yang aku sokong kalah tanpa sebarang kerusi. (more…)

Ermm Betul ke

Laman web aku diblock dari akses di tempat kerja aku. Penjelasan seperti dibawah. Terima kasih atas penjelasan yang cepat.

Semua personal website Pusat ICT dah blok sbb tiada kena mengena dgn P&P universiti, plus performance network kita dah terlalu perlahan kerana byk staf kita salah guna bandwidth internet (download lagu, movie, streaming) yg terhad di setiap kampus ************. Saya perlu lebih strict berhubung perkara ini dalam melaksanakan polisi akses ke internet secara amnya dalam network *******.

Minta maaf diatas kesulitan.

Sekadar berkongsi maklumat kepada rakan-rakan selepas mendapat penjelasan dari pegawai ict mengenai laman web aku kena block ditempat kerja aku. Cuma ada beberapa perkara sedikit memusykilkan aku. Pertama mengenai penggunaan bandwidth, bagi aku untuk personal web tidaklah terlalu besar penggunaannya. Lagi satu apa kaitan download lagu dan streaming, sedangkan pada ketika ini filter , barracuda yang digunakan dah cukup untuk menghalang pengguna dari mengakses.

Pandangan aku, mungkin pihak berkenaan perlu mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengawal salahguna dan bukannya mengikut standard customize filter yang dibeli sahaja. Mungkin web saya tidak melibatkan p&p, tapi bagaimana pula dengan pensyarah yang menggunakan medium laman web sebagai perantara pada masa yang sama digunakan sebagai laman personal. Dalam kes lain mungkin terdapat laman web yang mungkin tersekat tapi berguna untuk pembelajaran dan pentadbiran, rugikan.

Satu lagi, kalau pihak ini terus bersikap sedemikian sebenarnya kita terus reverse ke belakang. Bukannya terus memertabatkan universiti ke mata antarabangsa. Sebenarnya saya pernah mencuba untuk memasukkan video mengenai kkp di itunes university. Namun kerana polisi yang hanya menyelesaikan masalah kecil telah menghalang dari kita mencapai sesuatu lebih besar. Mungkin ini idea saya, tapi jika ianya datang dari jawatan jusa mungkin sesuatu yang berbeza akan berlaku.

Kerja

Mac Bulan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Bismillahhirahmanirahim,

Insyallah projek terbaru yang akan datang adalah bulan keselamatan dan kesihatan pekerjaan UniMAP tempat kerja aku. Matlamat aku dan rakan-rakan nak buat sebab nak menceritakan KKP dalam bentuk yang lebih menarik dan santai. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Apapun cabaran telah bermula haha dengan bajet ciput. Halangan? Taklah.. kena cuba la.

Emmm program ini sebenarnya dah dibuat secara kecil-kecilan dari 2007 tapi mula 2009 mula buat secara skala yang besar. Mula dari hari kemudian minggu kini tahun ini cuba bulan pulak. Sebabnya kalau buat minggu terasa sangat cramp dengan program. Kekuatan ofis taklah banyak sebab kami semua masih lagi dengan status unit. Tapi kalau nak upgrade dari unit kepada bahagian pon boleh haha sebab perancangan dah ada tapi bos masih rasakan tak bersedia. Kita dah buat succession plan.

Berbalik tentang pengisian program Mac Bulan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UniMAP 2012. Tahun ni masih mengekalkan Seminar, Safety Challenge , pertandingan fotografi dan Pemeriksaan kesihatan. Ala yang tuh semuakan semua selalu buat hehe. Cuma program Debat Keselamatan & Kesihatan digugurkan dan digantikan dengan 2 program baru, UniMAP Heritage dan Kayuhan Kesihatan : Cabaran Pauh Putra. Read more