Siapa Kata Lelaki Seksi Tak Pandai Memasak

Dengan meminjamkan dan menggubah kembali tagline Che Lah Masterchef kepada Chef Zam Rashid, Siapa kata lelaki seksi tak pandai memasak. Hari ini akan aku ceritakan buat kali pertamanya aku cuba memasak bagi menyediakan kudapan untuk petang petang dihari cuti.masak1

Menu untuk hari tu aku nak sediakan, satu menu yang bertemakan Burger Goreng ala azam. sebagai makluman burger yang nak dibuat ini menggunakan menu daging cincang yang mudah diperolehi di mana-mana kedai. Senangkan. cuma nak kena bentukkan seperti daging burger yang berbentuk bulan.

masak2Kalau tengok gambar diatas rupanya senang saja nak bentukkan burger sendiri ini, patut dah ramai bukak gerai burger bakaq ni. Aku cuma menggunakan pengalaman lebih dari 10 tahun bantu mak aku buat donat mudah saja. dalam tempoh tak sampai 15 dah siap 4 bijik daging burger aku.

masak3 Senang saja rupanya, then part seterusnya cabaran sebenar akan bermula kerana nak tengok apabila digoreng adakah burger ini akan pecah. alhamdulillah daging ini tak pecah langsung.

masak4Terbaik langsung tak pecah, tapi bila dah masak rupanya rasanya sangat kosong, phuiii rupanya aku langsung takletak garam atau pun lada. Adus tapi ada part kedua so penambahbaikkannya tambah dengan sos kiram eh tiram.

masak6Bila tambah sos tiram tuh baru ada rasa sikit namun masih kurang kick. Hampa aku dah la nasik tengahari tak makan nak diet konon at last Burger aku tak masak phuiii…Nasib baik dibawah pemantauan Chef Isteri maka sedikit perubahan kecil dimana semua burger daging tuh dihancurkan sekali lagi dan digoreng. Kemudian Roti gardenia dibakar untuk menambah rasa. Kemudian daging hancur yang digoreng semula diletakkan pada roti bakar, dan campuran sos tomato dan sos cili diletakkan. Akhirnya terjadilah sandwish daging hancur goreng.

masak5Tara, lain yang nak masak lain yang jadi, siapa kata lelaki seksi tak pandai memasak? jawapannya memang pon makan ja pandai