Sukan

Piala Malaysia Tanpa Perlis

Dua benda aku rasa ralat sikit dua minggu ni adalah, Arsenal si meriam kena belasah dengan Manchester Uuuuuuuuuunited (ala najman dalam sinar fm). Dan yang keduanya, pasukan perlis sang singa zoo utara tak layak ke Piala Malaysia. Tapi Perlis tak kesorangan apabila pasukan kesayangan negara Pahang Si Gajah pon tak masuk Piala Malaysia.

Apa taknya ketika semua anak negeri dok sibuk cakap piala malaysia, penyokong perlis nak cakap apa? Nak main bola kat padang stadium pon tak boleh, sebab padang dok tengah buat renovation. Huh apa la nak jadi. Read more