Flip dan kemudian flop

Akhirnya teka teki SBPA telah terungkai. Tiada lagi SBPA kembali ke asal SSM, dengan kenaikan 13%. Huraian mengenai penambahbaikan SSM baru ini ditunggu adakah skim aku masih lagi kaedah kenaikan pangkatnya macam dulu kala atau macam cadangan sbpa dimana kenaikan tanpa perlu kekosongan.

Apapun terima kasih, rezeki anak-anak…

Apakah ini benar

Apakah ini benar atau hanya gurauan semata-mata. Selepas ni, jawatanku terbuka dan bukan lagi hanya menunggu kekosongan yang belum pernah kosong atau ada. Kalau ia benar akan aku usahakan belipat lepat kali ganda, kerja bagi menunjukkan keterlihatan hahaha. JPA seolah-olah memahami apa yang berlaku kepada pegawai sains selama ini terima kasih i love u hahaha.

Opps kena hentikan angan-angan, tunggu dulu universiti perlu kelulusan dari LPU sebelum SBPA diterima pakai.

Location:Jalan Sri Mentalon,Alor Setar,Malaysia

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Nah teka-teki mengenai skim saraan baru perkhidmatan awam telah terjawab. Semua bleh pi website kementerian masing-masing. Bagi nak mudah pi ja website Jabatan Perkhidmatan Awam. Hari ini depa buka khas untuk semua penjawat awam baca. Yang rajin ka yang mengulaq ka boleh baca dan fahami.

Aku baca 2 kali masih lagi blur, dan yang aku buat-buat paham adalah lepas ni aku bukan lagi ayam bergred C41 tapi C1-1. Kalau ada rezeki boleh la kot ketua jabatan aku pertimbangkan C1-2 ka lepas ni. Haha bos i nak cium sket wakakaka.

Yang diwar-warkan tangga gaji baru, menceritakan kenaikan, banyak mana taktahu la.