Pandangan

Jadilah Penulis Yang Bertanggungjawab

keyboard

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat kemunculan penulis penulis dilaman sosial dan blog. Ada yang bagus dan ada yang lebih kurang aku ja. Trend penulisan ada pelbagai jenis. Semua mencari bahan yang terbaru untuk menarik perhatian orang untuk mengunjung blog atau laman sosial. Semua nak jadi yang pertama dalam menyampaikan isu. Ini terbukti bila sejak kebelakangan ini banyak kes yang top seperti kehilangan MH370 dan pesta muda mudi.

Kalau untuk jadi yang pertama takda masalah jika mereka memperoleh sumber yang benar. Tapi apa yang terjadi sekarang ini, ada sesetengah penulis menulis info dan cerita yang tidak benar tersebar. Selain itu juga, dalam kerakusan menjadikan sesebuah penulisan itu lain dari yang lain, ada penulis yang sanggup membuka aib orang lain. Amat menyedihkan.

Diharapkan setiap dari penulis dilaman sosial atau blog perlu lebih sensitif dan bertanggungjawab bagi setiap apa yang kita tulis. Bukan apa, mana tau dengan penulisan kita ni akan memalukan orang lain atau menyebabkan orang lain tertekan dengan penulisan yang hendak disiarkan. Perlu ada etika dalam penulisan kita