Dirgahayu Tuanku

Dirgahayu tuanku raja perlis atas hari keputeraannya yang ke 68. Dari hujung ke hujung negeri rakyat jelata menyambutnya. Kesetiaan dan sayang rakyatnya kepada tuanku ditunjukkan dengan pelbagai jenis banner, monumen mahupun pintu gerbang menghiasi diseluruh negeri.

Malamnya perlis dihiasi dengan limpahan cahaya yang menarik dari bandar diraja hingga ke ibu negeri kangar. Siapa yang melihat pasti terpesona. Macam i-city hehe.

Pelbagai aktiviti yang dirancangkan sepanjang bulan ini bagi meraikan hari keputeraan tahun ini. Pasti perlis tak sunyi dengan aktivitinya hingga jun ini. Namun kesederhaannya juga tetap kelihatan. Daulat tuanku.