Cerita Politik Saja

politics-books

Tinggal kurang dari 30 hari lagi akan berakhirnya cerita politik di sekitaran kita. Rasanya perang psikologi terpanjang dan terlama sejak aku hidup dan pandai berfikir. Setiap hari sejak 2008 hingga hari ni kita dilambakkan dengan macam macam cerita, dan sejak tahun lepas dah mula perang tuduh menuduh dan menceritakan kehodohan lawan mereka. Kalau boleh nak saja percepatkan PRU ni.

Kalau kita tengok atau perasan, perang politik di US rasanya dah habis dah, dan Barac Obama dah sambung kerja balik. Kita di Malaysia masih lagi perang. Aduhyai , rasanya dah berapa kampung dah tergadai, kerana isu dan masing-masing mencari kelemahan. Akhirnya ada pihak yang menangguk diair yang keroh ja yang untung. Yang bangsa kita dok tak habih berkelahi lagi.

Yang menyedihkan dok elok-elok berkawan tapi akhirnya bermusuhan sebab masing masing nak tegakkan ideologi masing-masing. Kadang-kala tuh isu dia sangat simple kita saja yang dok buat susah. Apapun kena bertahan 30 hari lagi dok dengaq cerita politik ni.

Oh ya teringat juga masa kat universiti dulu, kerana politik ada member aku penah menjatuhkan “hukuman” kepada aku. Sangat menyakitkan hati tapi aku berpegang iman seseorang itu hanya allah yang boleh nilai. Bukan kita manusia layak untuk menilai iman seseorang. Itu penangan yang pernah aku rasa dan lalui.

Banyaknya ahli politik

Wah, rasanya dah meningkat jumlah ahli politik seluruh malaysia ni. Semua pakat berkempen parti masing masing. Venuenya dimana sahaja asalkan disitu ada secawan kopi pastinya lebih sejam kempennya disitu. Sekarang (masa aku menaip ni) meja sebelah aku kuat benor dok kempen parti pilihannya.

Mungkin dia salah seorang winable candidate dari parti kesayangannya. Penuh perasaan menceritakan kebaikan yang dibuat dan boleh dilaksanakan. Dan dengan penuh perasaannya dia menceritakan kegagalan parti yang bukan pilihannya. Sakan benor, rasanya patent sembang politik mula kuat diawal tahun ni, dan makin ke penghujung tahun makin kuat orang sembang politik.

Mungkin sekarang ni geng tailor tengah cuba siapkan baju tempahan khas untuk bakal calon pilihanraya. Hrmm dibelakang aku nih rasanya orang kerja kerajaan kot, sembang cerita kenaikan pangkat dan gaji tahun depan. Banyak angan-angan diaorang haha.

Apapun nasi putih dan telur bungkus dah sampai so, lantak la korang nak sembang apapun janji perut aku kenyang. Chalo betteiii..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pandangan

Alasan halang pelajar berpolitik

Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar berpolitik bertujuan memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual pelajar dipenuhi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penjelasannya semalam, berkata ia juga bagi mengelakkan mereka terikat secara langsung dengan parti politik, manakala Perlembagaan memang membenarkan sekatan tertentu untuk kepentingan pendidikan.
Beliau berkata, jika dibenarkan menjadi ahli atau memegang jawatan politik, pelajar akan terikat dengan ideologi dan peraturan parti yang perlu dipatuhi, sekali gus menjejaskan matlamat pendidikan untuk membina minda dan keupayaan berfikir pelajar.

“Dari sudut pendidikan, Perlembagaan membenarkan supaya ada sekatan dan perkara ini perlu diberi penekanan kerana memang menjadi matlamat institusi pengajian tinggi dan matlamat utama pendidikan untuk membina pemikiran pelajar.

“Ada orang kata jika menyertai parti politik akan menerbitkan keintelektualan di kalangan pelajar, tetapi kita lihat ramai pelajar tidak menyertai parti politik pun untuk mencapai tahap itu (intelek),” katanya selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, bercanggah dengan Perlembagaan.
Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu sebelum membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, seksyen itu membenarkan pelajar menjemput wakil parti politik menyertai program di kampus bagi membolehkan mereka mendengar pandangan parti politik berhubung sesuatu perkara.

Beliau juga berkata, orang ramai perlu memahami mengapa AUKU tidak membenarkan pelajar menjadi ahli kepada parti politik.

Teringat masa dulu macam-macam benda terjadi kat kampus dulu, cerita kalah 0. Cerita buang banner masa TG2KM, kisah tangan hantu tulis keburukan orang. Jumpa bakal VC. Hrmmm sebenarnya kat kampus kita membesar dan merasai sekelumit pengalaman. Tapi jangan keterlaluan sampai jadi kambing orang politik. Ada jugak rakan-rakan dulu masa belajar sokong hijau tapi bila diluar kampus sokong merah. Begitu jugak sebaliknya.

Tak dinafikan ada yang terlalu taksub, sehinggakan nampak satu arah. Pelajar perlu tahu had dan hak sebagai seorang mahsiswa. Pertama kena ingat amanah kita kepada keluarga kita pi nak berjihad belajar, politik main seronok-seronok amik pengalaman cukup.Takat politik kampus cukup la, takyah merapu sampai nak pi menyelamat bumi ni, mengaji pandai-pandai bagi habis, and pi selamatkan alam semesta.