Kehidupan

#lontarbelakang 1: Perpustakaan bergerak

lontarbelakangDulu-dulu setiap hari rabu jam 3.00 petang balik sekolah ja teruih keluaq dengan berbekalkan buku minggu lepas mesti kena bawak jika mau pinjam buku baru. Bila sampai ja, memang dah nampak budak-budak jawi dalam dengan jawi utan buluh mai naik gereka parking bawah pokok. Huh nanti depala yang akan naik dulu sebab depa sampai awai. Kalau ada buku best mesti depa dapat dulu. Perpustakaan bergerak akan sampai dan parking kat depan rumah cik umaq.

Dulu rasa macam banyak ja buku dalam perpustakaan bergerak ni, tapi takperasan plak banyak buku novel dan cerita kanak kanak. ensklopedia takda yang complete tapi bleh la cari kat perpustakan bergerak ni. Tapi sebab nak buktikan kat cikgu kat malaysia kita la yang baca buku lebih dari kajian yang dilakukan kena jugak pinjam buku baca. Rasa zaman kajian KBSR dulu purata orang malaysia baca setahun tak sampai satu buku. Walaupun terhad rasanya banyak berjasa jugak la perpustakaan ni, bagi orang luar kawasan bandar untuk pupuk minat membaca, walaupun bahan bacaan kat negeri perlis ketika itu amatlah kurang.

Alhamdulillah budak budak la makin mudah dapat informasi, kalau dulu ensklopidia sentiasa berebut kalau nak baca, cerita rimau, cerita boya cerita beyond2000 dulu susah dapat. La klik ja kat ipad ka henfon ka. Dan mungkin bas yang jadi perpustakaan bergerak ni dalam tempoh 5-8 tahun akan datang dah tak relevan dan akan masuk muzium kot. Tengok bas ni pon dah uzur hanya dicat baru ja, pakcik drebar ni pon dah macam nak pencen dah. Apapun terima kasih kepada penyedia perkhidmatan ini..