Pandangan

Inai kat jari tak hilang lagi weh!!

Awat jadi lagu tuh, dok berebut tak habis. Dua dua ada hujah depa dan bagi aku tak salah aih. Aku sangat setuju dengan hujah keduanya, hahaa. Depa ni dah tau kalau pilihan depa buat ni, bila ja naik jawatan tuh…sapa akan untung. Tapi geng radio buruk dapat apa dapat apa?

Tugas rakyat pilih dah dilaksanakan. Yang telah dipilih pon jangan jadi badut sangat, hangpa la kena bersuara sket dah kami pilih hangpa semua untuk bersuara. Ni pakat pakat senyap play safe masing masing, dey nak play safe pakai durex la, apa barang beratuq buat barisan 2 baris kernyeh kernyeh ja kat belakang tuh. Ini baru satu isu hangpa dah tunjuk setakat mana hangpa punya level. Masuk dewan tah pakat senyap macam dulu ja.

Takkan nak roboh buat balik pulak, mudah betui penyelesaian…ok sambung makan popcorn!

Kerja

Istiadat Konvokesyen UniMAP ke 9

Pegawai Pengiring

Pegawai Pengiring konvokesyen unimap

Sudah selesai tugasan bagi Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke 9. Alhamdulillah semua tugasan yang diamanahkan telah selesai dilaksanakan. Ini kali ke berapa tah tak ingat diberi kepercayaan untuk membantu menyambut dan mengiring. Memang ada beberapa kelemahan yang dikenalpasti yang telah terjadi sepanjang program berlangsung. Ucapan setinggi penghargaan kepada semua sahabat yang membantu jawatankuasa yang menyambut dan mengiring tetamu jemputan luar dan dalam negara dari awal ketibaan sehingga menghantar semula mereka pulang.

Saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat jika adanya sebarang kelemahan dari segi pengurusan dan kebajikan anda semua. Terima kasih atas komitmen dan saya enjoy serta seronok bertugas bersama semua sahabat. Hangpa semua best la!!!

Pandangan

Pagi ni boleh katakan sangat terkejut melihat sebuah papan iklan yang sangat besar terpampang kat simpang yang agak sibuk. Dahulunya sebuah bank, setelah beberapa bulan kosong tanpa penghuni, bangunan itu kembali diisi dengan penghuni baru. Kali ini bukan lagi bank tapi sebuah pusat hiburan keluarga dibuat kat situ.

Dengan terbiak sebuah lagi pusat hiburan “keluarga” maka bertambahlah tempat untuk beristrirehat. Kelihatan begitu mudah untuk pusat hiburan wujud kat negeri perlis ni. Sebab sejak 2008 lagi banyak pusat hiburan dah diwujudkan. Kalau dahulu dekat belah kola saja yang banyak karoke-karoke jalanan. Tapi kini dah bersepah kat negeri perlis. Mudahnya pihak berkuasa tempatan bagi kelulusan lesen. Masa buka dan tutup jangan tanya pihak berkuasa keja sampai jam berapa ja.

Mungkin gelaran dulu lebih layak iaitu Indera Kayangan berbanding sekarang Darul Sunnah. Sebab rasanya dengan perkembangan business hiburan yang tak terkawal layaklah digelar Little danok kot. [alert style=”blue”]Sangat menyedihkan dan menakutkan sebab dalam satu tempoh mungkin negeri sekecil ini akan menghadapi masalah moral dan sosial. [/alert]

 

Kehidupan

Singautara.net

Singautara.net Oiii mak aih lama benar aku tak tengok laman web yang paling lama aku bangunkan dan maintain ni. Kalau bukan ruang yang bukan maya, dah pasti sawang penuh dah. Sunyi sepi macam kat stadium utama perlis aih.

Bila ingat balik zaman kegemilangan dan zaman kegilaan forum bola sepak malaysia, boleh kata setiap hari ada pengunjung ke laman ni. Macam macam cerita bola belah perlis buleh timbui kat sini.  Kalau dulu setiap jam aku dok masuk tengok dan baca sampai ada jabatan yang block web ni.

Tapi la dah sunyi, sampai bila entah la, team tak kuat takda benda nak diceritakan. Tapi setiap benda ada turun naik dia. La orang takmau sangat berforum, depa lebih suka berfacebook. Hrmmm takpa la nanti ada idea baru aku upgrade web ni.

Perlis Maju 2015

Hari ni hari serius, aku tengok kerja yang baru dianugerahkan yang paling mencabar untuk aku kena belajar. Bidang yang tak pernah aku nak paham. Tapi demi negara hahaha aku gagahkan diri..(Cewah ciwi).

Untuk pengetahuan, negeri perlis sedang berusaha menuju ke arah negeri maju menjelang 2015. Satu usaha yang bagus kepada negeri dan masyarakat. Namun harapan sebagai anak negeri, kalau nak realisasikan kenalah semua peringkat terbuka dan planlah dengan betul betul

Posted with WordPress for BlackBerry.