Kerja

Info Perlis Maju 2015 Dipaparkan

Akhirnya setelah beberapa ketika, maklumat mengenai pencapaian indikator bagi Perlis Maju 2015 dipaparkan untuk makluman kepada semua rakyat negeri perlis. Bagi saya pencapaian dan makluman mengenai peranan semua pihak samada jabatan kerajaan, swasta dan rakyat sendiri perlu dilakukan bagi memastikan semua lapisan faham mengenai agenda ini.

perlismaju1

Mengikut makluman dari pihak yang berkenaan beberapa iklan lagi akan diletakkan di tempat strategik bagi memudahkan semua lapisan mendapat maklumat yang jelas mengenai indikator yang diletakkan bagi mencapai Perlis Maju 2015. Yang nampak juga beberapa banting dari beberapa jabatan kerajaan mula meletakkan slogan perlis maju. Kini satu-satunya papan iklan digital pon mula dihaisi dengan maklumat perlis maju.

perlismaju3

Jika anda ingin mendapatkan maklumat dan pencapaian mengenai Perlis Maju 2015 yang dikemaskini setiap 3 bulan sekali, anda boleh layari laman web sistem pemantauan pencapaian di http://epspm.unimap.edu.my/. 

Kerja, Pandangan

Sekitar Berbengkel Bagi Program Perlis Maju

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel ke 2 bagi memurnikan definisi operasi dan update pencapaian suku tahun ke 2, 2013 bagi program negeri. Dah nampak ada peningkatan dan pemahaman dikalangan orang buat kerja cuma kena tambah kreativiti sikit. Bagi aku sebagai salah seorang peserta, kalau diteliti dan dilihat secara menyeluruh, program ini secara tidak langsung  sebenarnya dapat memaksimakan dan mengoptimumkan semua sumber bagi membangunkan negeri.

pm2 Read more