Pasar Malam Sabtu

Bila sampai hari sabtu, teringat ja pasar malam jejawi. Sinonim ja dengan sabtu dan pasar malam dalam hidup aku. Mana taknya sejak dari kecik sampai besaq bila sampai hari sabtu ja pasar malam.

Pasar malam jejawi ni, dulunya mula kat taman perumahan yang aku dan famili duduk. Masa pasar malam, masih kat dalam taman perumahan benda yang paling aku ingat adalah beli kaset kumpulan gersang haha dok gila lagu “masih aku terasa” waktu tuh.

Kemudian pasar tuh pindah ke kawasan lapang bertentangan dengan taman perumahan aku duduk tuh, tapak tuh yang paling lama. Banyak kenangan kat situ. Ada suami isteri yang berniaga bihun sup, kalau tak abis ja mesti buat sedekah. Kisah orang mengamuk kat pakcik berniaga apam balik. Kisah kak aku bawa kereta dan sekali kuih terjun longkang haha. Uih banyak ooo kenangannya. Waktu tu mak aku berniaga aku la dok tolak “perodua kancil” (kereta tolak) untuk pi pasang gerai nak meniaga. Teh ais pak ali dan mail sabun. Semua jadi kenangan.

Lepas tuh kawasan tuh dibangunkan untuk dijadikan bangunan. Kini kawasan tuh adalah tempat kerja aku tempat aku cari makan. Read more