Blog

Lepas Post Bukan Lagi Glitterati

Malam ini baru perasan bahawa status akaun aku di nuffnang telah berubah dari glitterati kepada ordinary. Mungkin kerana aku telah mentiadakan lagi iklan nuffnang dalam blog aku. Tapi disebuah lagi laman yang aku bangunkan masih terletak iklan nuffnang.

Sefaham aku untuk menjadi glitterati ini mempunyai syarat hanya iklan nuffnang sahaja yang diletakkan  dalam sesebuah laman web itu. Tetapi bila mana laman web itu mempunyai lain-lain iklan dari syarikat lain itu maka mereka hanya akan menjadi ahli ordinary sahaja. Namun dalam kes aku, laman web aku hanya mempunyai iklan nuffnang sahaja, namun aku hanya ordinary akaun sahaja. Mengapa ya?

Blog

Tiada Lagi Iklan Nuffnang

Hari ini aku decide untuk buagkan terus iklan nuffnang dalam laman web personal aku. Sebab apa, kita memaparkan iklan yang telah dibayar kepada mereka namun, kita tidak memperoleh apa benda pon. Mungkin jumlah pengunjung kurang yang menyebabkan iklan tak dibayar.

Masa dulu sangat terpengaruh dengan blog yang menceritakan tentang kejayaan mereka dalam buat duit guna blog. Namun bila lama kelaman tujuan penulisan blog bukan setakat nak cari duit dengan mudah. Tapi kepuasan, biar pon takda orang tengok tapi blog ini sekadar catitan peribadi yang boleh dijadikan kenangan diri.