Percubaan Menjadi

At last post aku mengenai keputusan untuk kembali menjilat untuk meletakkan kembali ilkan nuffnang dalam blog aku dan mencuba teknik-teknik blogger lain yang pernah bagi info tentang tips nak bagi naikkan potensi dapat duit. Nampaknya percubaan hanya muncul 9 hari selepas iklan dipasangkan kembali.

Hari ni aku baru teringat nak buka…tertengok 7 campaign ada dari 2 oktober herrmmmmm….campaign jerr bleh kata berjaya ka?

Blog

Kembali Menjilat? Iklan Nuffnang Kembali

Setelah berfikir sejenak, menganalisis keputusan untuk menTiada lagi iklan Nuffnang maka aku kembali menjilat dan menelan keputusan yang pernah dibuat. Laman web ini akan kembali dihiasi dengan iklan dari Nuffnang. Bila berjalan-jalan mengelilingi dunia maya ini aku jumpa pelbagai jenis pendapat dan kaedah yang dipraktikkan. Adakah ianya sekadar cerita kedai kopi yang mampu membesarkan satu topik walaupun ianya hanya sebesar cawan kopi sahaja. Read more

Blog

Lepas Post Bukan Lagi Glitterati

Malam ini baru perasan bahawa status akaun aku di nuffnang telah berubah dari glitterati kepada ordinary. Mungkin kerana aku telah mentiadakan lagi iklan nuffnang dalam blog aku. Tapi disebuah lagi laman yang aku bangunkan masih terletak iklan nuffnang.

Sefaham aku untuk menjadi glitterati ini mempunyai syarat hanya iklan nuffnang sahaja yang diletakkan  dalam sesebuah laman web itu. Tetapi bila mana laman web itu mempunyai lain-lain iklan dari syarikat lain itu maka mereka hanya akan menjadi ahli ordinary sahaja. Namun dalam kes aku, laman web aku hanya mempunyai iklan nuffnang sahaja, namun aku hanya ordinary akaun sahaja. Mengapa ya?

Blog

Tiada Lagi Iklan Nuffnang

Hari ini aku decide untuk buagkan terus iklan nuffnang dalam laman web personal aku. Sebab apa, kita memaparkan iklan yang telah dibayar kepada mereka namun, kita tidak memperoleh apa benda pon. Mungkin jumlah pengunjung kurang yang menyebabkan iklan tak dibayar.

Masa dulu sangat terpengaruh dengan blog yang menceritakan tentang kejayaan mereka dalam buat duit guna blog. Namun bila lama kelaman tujuan penulisan blog bukan setakat nak cari duit dengan mudah. Tapi kepuasan, biar pon takda orang tengok tapi blog ini sekadar catitan peribadi yang boleh dijadikan kenangan diri.