Post PRU 13

Ucapan tahniah kepada semua yang menang PRU 13 yang dah berlalu hampir seminggu lamanya. Seperti biasa pahat berbunyi, menandakan ketidakpuashatian individu yang menjangkakan diri merekalah yang terbaik. Tapi 2013 berbeza dari tahun 2008 dari pandangan mata aku la.

Ini kerana pada tahun 2008, satu kejutan dibawa oleh media baru dan digunakan sebaik mungkin oleh pihak pembangkang. Maka selepas PRU 12 ramai ahlil politikus yang berpusu-pusu  menjadi blogger, kerana ketika itu mereka melihat ianya satu medium terbaik untuk menyampaikan maklumat.

Kini 2013 medium media baru digunakan sebaik mungkin namum dipihak kerajaan masih lagi terkial-kial untuk menguasai media baru, namun 3 bulan kebelakangan sebelum PRU penguasaan media baru antara kerajaan dan pembangkang hampir kuat. Rakyat mula dicambahkan dengan pelbagai info. Namun amat mengecewakan banyak juga maklumat diputarbelitkan. Fitnah ditabur tanpa rasa kesal.

4-5 tahun lagi tak tahu la samada PRU ke 14 akan menggunakan medium media baru ini, mungkin ketika itu facebook, twitter dan blog mungkin tidak lagi relevan.

Flip dan kemudian flop

Akhirnya teka teki SBPA telah terungkai. Tiada lagi SBPA kembali ke asal SSM, dengan kenaikan 13%. Huraian mengenai penambahbaikan SSM baru ini ditunggu adakah skim aku masih lagi kaedah kenaikan pangkatnya macam dulu kala atau macam cadangan sbpa dimana kenaikan tanpa perlu kekosongan.

Apapun terima kasih, rezeki anak-anak…

Banyaknya ahli politik

Wah, rasanya dah meningkat jumlah ahli politik seluruh malaysia ni. Semua pakat berkempen parti masing masing. Venuenya dimana sahaja asalkan disitu ada secawan kopi pastinya lebih sejam kempennya disitu. Sekarang (masa aku menaip ni) meja sebelah aku kuat benor dok kempen parti pilihannya.

Mungkin dia salah seorang winable candidate dari parti kesayangannya. Penuh perasaan menceritakan kebaikan yang dibuat dan boleh dilaksanakan. Dan dengan penuh perasaannya dia menceritakan kegagalan parti yang bukan pilihannya. Sakan benor, rasanya patent sembang politik mula kuat diawal tahun ni, dan makin ke penghujung tahun makin kuat orang sembang politik.

Mungkin sekarang ni geng tailor tengah cuba siapkan baju tempahan khas untuk bakal calon pilihanraya. Hrmm dibelakang aku nih rasanya orang kerja kerajaan kot, sembang cerita kenaikan pangkat dan gaji tahun depan. Banyak angan-angan diaorang haha.

Apapun nasi putih dan telur bungkus dah sampai so, lantak la korang nak sembang apapun janji perut aku kenyang. Chalo betteiii..

Posted with WordPress for BlackBerry.