Migration Ke Server Baru

Alhamdulillah semua kerja-kerja untuk berpindah Myaspirehost.com ke server baru telah siap dijalankan. Ini disebabkan server yang dulu dah penuh untuk menampung semua pelanggan-pelanggan aku. Konsep aku mudah dan tak mau pening kepala, so aku tak berniaga hosting nih secara overselling, macam ada 2, 3 syarikat yang menjalankan hosting. Ini merupakan kali ke 3 aku upgrade server sejak aku mulakan business ini sejak 2007. Dulu mula-mula aku gunakan mytechmaya.com sebelum bertukar ke myaspirehost.com.

Sebab apa overselling tak baguih, antaranya korangnya website akan totally lembab bila banyak website dalam satu server tuh. Selain dari itu jugak aku berpendapat, kerja overselling ni macam menipu. Mana taknya kita punya harddisk ada 20GB katakan. kita offer setiap seorang 1GB dengan kadar murah user/pelanggan kita sumbat sebanyak mungkin katakan 30 orang. Huh kauorang tengok website jadi camna lembab….

Read more