Kehidupan

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan ke 54

Dengan rendah dirinya saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya, jika ada sebarang salah dan silapnya saya dalam menuturkan kata atau perlakuan saya yang kurang menyenangkan. Kepada semua saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri 1432 Hijrah.

Selain itu juga tahun ini, sedikit istimewa sambut aidilfitri sekali dengan sambut kemerdekaan yang ke 54. Moga semua dapat menghayati hari kemenangan ini, walaupun macam-macam intrepitasi mengenai hari kemerdekaan ini. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54.