Rombongan K-Sains Ke Kolompo #1

Setelah merancang dan ditangguhkan sekali pada bulan Mei lalu, akhirnya rancangan K-Sains UniMAP untuk ke research universiti dan institut penyelidikan untuk melihat pengendalian dan perjawatan sains disana akhirnya direalisasikan.

Idea ini adalah untuk membantu K-Sains unimap dalam meningkatkan tahap kompetensi mereka dalam menyokong hasrat tempat kerja aku untuk menjadi salah sebuah RU di Malaysia. Nyata apa yang ingin kami lihat sebenarnya lebih luas dari yang dijangka.

Tempat pertama yang ditujui adalah sebuah pusat penyelidikan terkemuka di Malaysia. Kagum melihat penyelidiknya mengendalikan makmal, dan mengendalikan risiko yang ada disekeliling mereka. Walaupun apa yang ingin dilihat tak dapat sepenuhnya kerana yang entertain tuh adalah perjawatan penyelidik, tapi semangat untuk buat research memang membara.

Waktu tuh terbayang macam nak balik pi jumpa supervisor untuk buat research haha. Seronok tengok cara pemikiran diaorang…

Posted By Ajamz with WordPress for BlackBerry.