Sifat kepimpinan itu boleh diwarisi?

Dalam 4-5 hari lepas banyak orang dok goncang satu pemimpin ni, mintak dia turun dari menerajui kepimpinan parti dia, atas alasan dah tak relevan katanya. Apapun tak ambil pusing sangat sebab bukan aku nak jadi calon pon kalau dok cakap pasal depa ni.

Cuma dok tengok patent negara ni kebanyakan pemimpin dulu-dulu bila dah turun, mesti punya anak dia akan naik ganti dia. Macam jadi warisan keluarga plak.Mungkin depa cepat naik sebab bantuan mak bapak depa atau orang melayu kita nih hormat pemimpin yang berjasa dulu. Kemampuan untuk memimpin perkara kedua?

Apa pun pendapat aku kepimpinan bukan boleh diwariskan, sesiapa saja boleh jadi. Janji depa nih ada kreadibiliti dan berpandangan jauh. Bukan apa dok tengok kadang-kala pemimpin jenis diwarisi ni kurang ummpphh dalam memimpin untuk bawa perubahan dan kebaikan kepada semua. Hrmm rasanya ada ilmuan pernah berkata iman pon belum tentu boleh diwarisi…

Tamat Sudah BPL

Semalam BPL season 2010/11 dah tutup buku, si setan merah sekali lagi cemerlang menang kali ke 19 nya. Cuma ralat sikit bila mana Ahsengal telah mensia-siakan kelebihan yang dimilik oleh depa pada awal musim.

Siapa sangka pasukan yang awal musim menyengat, namun ketika penghujung. Ahsengal hilang sengatnya. Masalah defend jadi punca. Buat macam mana pasukan ni paling kedekut nak belanja. Tapi harga tiket dikhabarkan antara yang paling mahal. Ha! macam tuh la berniaga.

Tapi satu yang respek kat pasukan ahsengal ni, dia percaya kat dia punya produk, so ini harga yang paling mahal dia perlu terima. 6 tahun tanpa kejuaraan. Tapi kalau tengok liberpool belanja gila-gila tapi hasil dia…

Hrmm liga kita macam mana, tahun ni kalau tercicir pasukan favourite pastinya undang-undang liga berubah lagi. Sebab tuh nilai komersil dia hanya takat boleh jual dalam negara. Sepatutnya dah lebih 10 tahun profesional liga kita boleh berada disatu tahap membanggakan. Tapi? fikir fikirkan.

Aku bukan kutuk liga kita , aku sendiri buat website untuk pasukan negeri aku dekat 8 tahun dah!

Migration Ke Server Baru

Alhamdulillah semua kerja-kerja untuk berpindah Myaspirehost.com ke server baru telah siap dijalankan. Ini disebabkan server yang dulu dah penuh untuk menampung semua pelanggan-pelanggan aku. Konsep aku mudah dan tak mau pening kepala, so aku tak berniaga hosting nih secara overselling, macam ada 2, 3 syarikat yang menjalankan hosting. Ini merupakan kali ke 3 aku upgrade server sejak aku mulakan business ini sejak 2007. Dulu mula-mula aku gunakan mytechmaya.com sebelum bertukar ke myaspirehost.com.

Sebab apa overselling tak baguih, antaranya korangnya website akan totally lembab bila banyak website dalam satu server tuh. Selain dari itu jugak aku berpendapat, kerja overselling ni macam menipu. Mana taknya kita punya harddisk ada 20GB katakan. kita offer setiap seorang 1GB dengan kadar murah user/pelanggan kita sumbat sebanyak mungkin katakan 30 orang. Huh kauorang tengok website jadi camna lembab….

Read more