Sukan

Ramli dah score, safee bila lagi

Bila tengok iklan TM nampak best ja bila Ramli score gol untuk manchester. Tapi yang tuh semua angan-angan ja, tapi tak mustahil untuk direalisasikan. Perlu perubahan dari semua sudut, mental dan segalanya. Dipihak pengurusan perlu lebih terbuka dan kurangkan kronisme. Baru cita-cita nak eksport player ke negara luar tuh berjaya.

Tapi kadang-kala kat malaysia ni, campur adukkan dengan politik untuk memperoleh satu kejayaan dengan cepat. Tengok macam Alex Yoong terus hancur bila sampai ke litar F1. La ni cerita Safee, nak sumbat dia ke liga england. Kesudahan dia mungkin akan jadi seperti banyak player asia yang lain.

Cerita dari zaman kiatisuk sampai sekarang Ryo Miyachi. Player asia dianak tirikan saja. Apa yang penting kepentingan kewangan bagi sesebuah kelab tersebut. Untuk tarik penaja atau untuk tarik peminat asia yang marketnya sangat luas.Bakat ? diaorang boleh dapat banyak lagi.

Kenapa england sahaja, itu yang menjadi kepelikkan aku. Bukan apa, kata kita tak pernah dijajah tapi hakikatnya. Banyak liga yang berkualiti seperti spain, france, jepun, german. Itu kena fikirkan sendiri la, niat dan hasrat perlu clear. Perjalanan masih jauh untuk kita jual bakat diluar negara, perlu perancangan perlu pengorbanan. Bukan mustahil tapi sekarang bukan lagi masanya.

Sukan

#1 Kelayakan Olimpik : Jepun Terlalu Laju Buat Malaysia

2-0 catatan terbaik buat pasukan jepun, malaysia hanya bertahan dengan taktikal dan kepantasan player jepun. Cuma ketangkasan gol keeper malaysia saja yang menjadi batu penghalang dari jepun berkenduri. Huh nasib baik sungguh. Persembahan terpuji kepada player No 13 malaysia. walaupun body kecik tapi boleh atasi defend jepun. Striker tak berfungsi langsung.

Blog, Pandangan

Ikhlas Ke

Daripada pemerhatian aku, salah satu cara bagi meningkatkan trafik ke laman blog kita, adalah dengan membuat hebahan diblog seperti gengblogger.com yang merupakan satu jaringan sosial bagi penulis-penulis blog.

Mau atau tidak pastinya kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 10 orang pengunjung ke laman blog kita dengan menggunakan gengblogger.com. Jumlah ini mungkin lebih mengikut gaya penulisan kita, cara kita presentkannya dan topik yang menarik. Namun kalau kita selalu pos ke gengblogger sahaja sambil mengharapkan pembaca yang berlainan untuk masuk ke web kita adalah amat merugikan.

Ini menunjukkan bahawa topik atau gaya penulisan kita masih lagi tidak dapat menarik pelawat yang recurring ke laman blog/website kita. Ini aku alaminya tapi bagi aku ianya tidaklah sesuatu yang membimbangkan kerana apa yang aku buat hanyalah untuk bersuka suki sahaja, melepaskan apa yang terlintas. Namun bagi sesetengah orang, mereka mempunyai hajat untuk menulis kerana duit maka mereka terpaksa menggunakan pelbagai kaedah selain dari mepingkan di gengblogger sahaja termasuk satu kaedah yang amat menjengkelkan bagi aku. Read more

Hari Ini Tarikh Ini 13 Tahun Dulu

9 September 13 tahun dulu, bersamaan 9999, aku kat mana ya…. rasanya dekat MIT Kristal Point, muda remaja. semuanya seronok, ada juga berduka. Hrmm ketika itu juga dunia hangat diperbodohkan dengan konspirasi terbesar didunia iaitu Y2K.

Apapun dah 13 tahun ya, mungkin hari ini dah ada orang menyambut hari lahir, hari perkhawinan dan hari istimewa ke 13. Tahniah!

Kehidupan

Masih sahkah?

Hrmm baru gaya-gaya nak tido, tapi sebab tertengok harga minyak dunia, maka tertanya-tanya juga macam mana kerajaan kita manage harga minyak. Sebabnya kalau tak salah dulu kita dimaklumkan bahawa harga minyak kita bergantung kepada pasaran dunia. Jika harga minyak dunia naik di Malaysia juga akan naik. Read more