Pandangan

3 Elemen Tambahan Kalau Fans Page Facebook Pun Nak Di Rankingkan…

Dua tiga bulan ni memang perasan dengan perkongsian data dan info mengenai IPT di Malaysia, banyak aktiviti yang dikongsikan melalui group-group dalam aplikasi whatsapp mahupun telegram. Dalam banyak banyak perkongsian, cuma satu perkongsian yang agak janggal bagi saya.

Perkongsian mengenai ranking universiti berasaskan jumlah fans. Lagi satu sistem ranking yang diwujudkan bagi universiti-universiti berlumba antara satu dengan lain. Trend berlumba-lumba ranking dah jadi rutin di IPT/UA. Dalam sistem ranking fans terbanyak, universiti yang mempunyai fans yang banyak menduduki tangga teratas dan yang paling sedikit fans dia akan berada ditangga terbawah.

Ini menguntungkan banyak IPT/UA yang dah lama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Namun ada kelemahan disebalik sistem ranking tersebut.

Read more