Pandangan

Koperasi Keluarga dan Rakan

Salam Sahabat,

Pernahkah kita terfikir alangkah baiknya kebajikan, harta keluarga kita sentiasa sama sepanjang masa tanpa perlu dipecahbelahkan sehinggalah anak cucu kita tidak mempunyai sebarang harta pada satu ketika nanti. Pada ketika itu mungkin mereka sudah tidak mampu untuk memiliki sebarang harta tapi hanya mampu menyewa sahaja. Pernah terjadi pada satu keluarga tanpa mereka sedari nenek moyang mereka pernah menggadaikan/menyadarkan harta mereka pada ceti dan tak mampu untuk mengambilnya semula hinggalah mereka diusir dari tanah mereka.

Aku terfikir untuk menubuhkan satu koperasi keluarga dan rakan, yang mana dengan penubuhan koperasi ini akan dapat seluruh keluarga aku berkongsi untuk bersama berbisnes, tingkatkan ekonomi bagi ahli keluarga yang sederhana, menjaga kebajikan keseluruhan ahli keluarga dan rakan-rakan karib aku. Mungkin dengan perkongsian pintar ini mampu menjaga kebajikan setiap ahli keluarga, selain itu juga ukhwah dan silaturahim akan menjadi lebih erat. Read more