Kerja

Permulaan Yang Sakan Dan Realiti

So hari ni, settle sebuah school untuk dipantau. Semuanya ada 8 school untuk dipantau dan tengok tahap keselamatan dan kesihatan di school tersebut. Setiap school minimanya ada 10 ke atas buah makmal dan bengkel. Hari pertama ini 16 buah lab berjaya dilihat daripada 26 buah. Tahapnya hrmm perlu dipertingkatkan. Rasanya dipihak aku perlu merancang lagi program yang lebih menarik dan mudah difahami agar penyampaiannya sampai hingga kepada peringkat sasaran.

Makin banyak pemantauan makin rasa realitinya, kesan program kesedaran yang dirancang macam syok sendiri saja. Perlu ada kajian sebelum bangunkan perancangan jangka panjang dan pendek bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

 

Diet

Puh, aku nya BMI 31 dikatakan dalam bahasa doktor doktor sebagai obesiti huh. Rupanya aku pon dalam geng geng yang amat seksi dan menawan. Tadi nurse ada nasihat kalau sarapan pagi, kena makan lebih kurang 400 kalori. Huh macam mana nak sukat tuh.

Rupanya kisah berdiet nih sampai ke petang plak di mana meeting dah takda makanan dan minuman untuk kudapan. Huh nampaknya serius diaorang nak aku kurus ni haha.

Posted By Ajamz with WordPress for BlackBerry.

Kena Bersih

Ini bukan iklan politik, ini cerita kesihatan. 4 hari lepas area taman aku telah disembur dengan asap bagi pencegahan nyamuk. Rasanya keadaan ini adalah biasa la. Tapi menjelang 2 hari kemudian diaorang mai pulak sembur. Kali ni asapnya lebih tebal huh. Mungkinkah ada yang kena denggi? Adakah serius jeng jeng. Atau geng kesihatan dok test ubat nyamuk kat taman aku ni?

Maka semalam terjawablah persoalan, apabila 2 orang pegawai kesihatan mai buat pemeriksaan dalam dan luar rumah. Uih rajinnya diaorang mai check kul 9 malam. Apapun baguih jugak bila ada mai check sebab baru orang sekeliling ni jaga kebersihan. Tapi corrective action je la, bukan preventive action. Biasala walaupun islam itu bersih umatnya masih belum menimplimenkan dalam diri masing masing. sebab tuh kejadian seperti denggi bleh berlaku

Nota : Ini satu lagi entri yang poyo…eh pamplet kesihatan pon kaler kuning ek