Pandangan

#1 Oh baru aku tahu! : internet guna MiFi

Sebelum ini pertimbangan aku untuk mendapatkan ipad samada yang ada 3G/wifi atau wifi sahaja dengan melihat kepraktikalnya. Waktu itu aku rasakan lebih mudah untuk pakai 3G/wifi sebabnya kalau pi outstation kita boleh guna ia bila bila masa pun. Sebabnya akaun phone aku mempunyai unlimited broadband.

Namun ianya meleset bila mengetahui untuk menggunakan 3G tersebut memerlukan simcard yang bersaiz mini. Sebelum ini aku hanya pengguna iphone generasi pertama yang 2G sahaja sebelum bertukar ke blackberry. Iphone dulu memang menggunakan simcard bersaiz biasa sahaja. Maka rancangan aku untuk menggunakan akaun telefon aku memang takleh pakai. Kalau nak juga aku kena cari akaun prepaid bagi menggunakan ipad 2 3G aku nih. Secara tidak langsung ianya akan menambah kos bulanan bagi aku.

Bila buat research balik dalam internet rupanya baru aku tahu pada masa sekarang, teknologi dah makin maju dimana kini pengguna ipad boleh menggunakan MiFi iaitu mobile wireless. Boleh kata semua penyedia perkhidmatan internet broadband ini memang sediakan pakej MiFi ini. Sebenarnya yang penting adalah modem Mifi tersebut sahaja. Anda boleh gunakan akaun broadband anda sahaja cuma tukar ke modem MiFi tersebut sahaja. Harga modem Mifi tersebut diantara RM 200-350 sahaja.
Read more

Kehidupan

Baru Berjinak Ipad 2 dengar Ipad 3 Pulak

Rasanya baru ja aku dapat ipad 2 aku, masih nak belajar gunakan ipad tapi dah dengar ipad 3 akan keluar. Memang Apple sangat pro-aktif betul untuk menghasilkan kekayaan melalui tablet dia nih. Sekarang dia jadi kuasa besar dalam segmen tablet ni. Banyak juga yang cuba berlawan seperti samsung, HP, Dell,Motorolla dan terbaru Amazon tablet yang dijangka murah 10% dari semua pengeluar tablet. Syarikat yang dah tewas adalah HP, sebab tak boleh bersaing. Tapi bila baca blog balik touchpad ni mungkin ada balik dengan limited production.

Dengar ipad 3 kali ini akan buat penambahbaikan pada rentina display, SD Card Slot, Camera Flash, Thunderbolt port dan Wireless Synchronize kiranya tak gaduh nak sync guna wayer yang pendek tuh. Mungkin ipad 3 ni akan dilancarkan pada Mac 2012 ikut ramalan blogger orang putih la. Sebabnya ikut tradisi syarikat apple lah. Ohya mungkin ipad 3 ni akan pakai iOS 5. Read more