Caj internet lebih murah

internet

semalam bersemangat menteri komunikasi dan multimedia mengwar-warkan bahawa akan cuba memastikan caj internet lebih murah. Bagi seorang manusia dan rakyat yang biasa kami amat menyambut baik langkah yang dicadangkan. Kalau tak salah minggu lepas ada sebuah syarikat pembekal perkhidmatan baru nak mencadangkan untuk mengenakan caj tambahan bagi penggunaan internet ini. Tapi mungkin dengan kenyataan Menteri mungkin syarikat akan mematuhinya.

Selain dari caj yang murah rasanya kualiti perkhidmatan juga perlu dipertingkatkan, kalau konsep dulu-dulu terus diamalkan rasanya ia tidak akan mencapai matlamat. Oh ya, konsep dulu-dulu ni adalah seperti kalau caj RM50 maka kualitinya 50% je, tapi kalau bayar lebih maka peratusan kualitinya akan meningkatla . Maka itulah punca kelembapan internet. Read more

Pandangan

#1 Oh baru aku tahu! : internet guna MiFi

Sebelum ini pertimbangan aku untuk mendapatkan ipad samada yang ada 3G/wifi atau wifi sahaja dengan melihat kepraktikalnya. Waktu itu aku rasakan lebih mudah untuk pakai 3G/wifi sebabnya kalau pi outstation kita boleh guna ia bila bila masa pun. Sebabnya akaun phone aku mempunyai unlimited broadband.

Namun ianya meleset bila mengetahui untuk menggunakan 3G tersebut memerlukan simcard yang bersaiz mini. Sebelum ini aku hanya pengguna iphone generasi pertama yang 2G sahaja sebelum bertukar ke blackberry. Iphone dulu memang menggunakan simcard bersaiz biasa sahaja. Maka rancangan aku untuk menggunakan akaun telefon aku memang takleh pakai. Kalau nak juga aku kena cari akaun prepaid bagi menggunakan ipad 2 3G aku nih. Secara tidak langsung ianya akan menambah kos bulanan bagi aku.

Bila buat research balik dalam internet rupanya baru aku tahu pada masa sekarang, teknologi dah makin maju dimana kini pengguna ipad boleh menggunakan MiFi iaitu mobile wireless. Boleh kata semua penyedia perkhidmatan internet broadband ini memang sediakan pakej MiFi ini. Sebenarnya yang penting adalah modem Mifi tersebut sahaja. Anda boleh gunakan akaun broadband anda sahaja cuma tukar ke modem MiFi tersebut sahaja. Harga modem Mifi tersebut diantara RM 200-350 sahaja.
Read more