Home Sweet Home #3 : Kabinet Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekadar berkongsi pengalaman aku dalam nak masuk rumah baru. Kabinet dapur adalah antara menu utama perbincangan kami dalam “nak masuk rumah baru’.  Kabinet dapur ni boleh dikatakan penting kerana dia merupakan workstation si isteri. Memandangkan rumah baru mempunyai ruang yang agak terhad dan ruang dapur serta ruang makan yang berkongsi, kami perlu memikirkan jenis kabinet dapur yang sesuai.  Serta perlu memikirkan rekabentuk kabinet yang boleh memaksimumkan penggunaan ruang.

3 rekabentuk dibincangkan, yang pertama rekabentuk L-Shape, dimana ruang yang luas dan memudahkan pergerakan. Yang keduanya U-Shape , sepertimana L-shape , cuma dengan sedikit pertambahan untuk satu sudut umpama mini bar. Dengan adanya mini bar diharap dapat membahagikan ruang antara dapur dan ruang makan. Ketiganya L-shape+island ditengahnya. Ini design ala rumah moden la sket. Namun dari pengiraan ruang rekabentuk ini terlalu banyak menggunakan ruang. Lagi satu tak boleh nya nak buat dry kitchen ke wet kitchen. Dua-dua dok kat sini. Read more