Kehidupan

Komputer Peribadi

Kami sekeluarga mula dapat merasai komputer sendiri pada pertengahan tahun 1997, sebuah komputer tak berjenama dan popular dipanggil sebagai komputer klon. Dibeli dari seorang anak kenalan/jiran kat taman aku. Harga hampir RM 4000 kalau tak salah, pak guna duit jual tanah yang kerajaan ambil untuk buat laluan gas.waktu depa mai hantaq pergh rasa best ja kagum tengok komputer baru. walau pun skrin kecik ja

Windows 95 waktu kira gempak la harddisk tak sampai kot 1gigabyte dalam berapa ratus megabait ja. kalau boleh rasa balik macam mana rasa seronoknya ketika tuh fuh…, mana tak nya rumah dah ada komputer sendiri tak gaduh nak pi rumah member kalau nak main game ka. Siap lam kepala nak blajar macam mana nak install game red alert dan fifa waktu tuh.

Namun hari tuh impian hampir lebur bila mana lepas ja penjual pc balik lam waktu senja tuh, pc dah mula problem. Main dalam 15 minit ke setengah jam pc restart balik. Huh jadi berkali-kali, panggil penjual tuh mai tak pulak jadi. Macam tak selesai, pastu chop penjual tuh tipu. dah la jual mahai bagi barang rosak. Waktu tuh ambil keputusan bawak pi salah sebuah kedai terawal kat perlis waktu tuh ada 2 kedai ja, dimana satu hat melayu satu lagi hat cina ja. Pi kedai melayu dia suruh tukar semua sebab pc yang kami ada masalah. Dari intel kepada cyric jenis prosesornya. Boleh la pakai tapi slow and lembab la.

Setelah bertahun, bukak kedai sendiri baru tau yang masalah aku pada zaman tuh adalah hanya masalah powersupply yang rosak. penjual yang pertama mungkin dia baru bukak kedai pc dan takda pengalaman waktu tuh maka dia gagal untuk selesaikan dia. penjual kedua yang bantu baiki tidak jujur dalam berniaga sebab tuh kedai dia idup sat saja, rosak benda lain tapi perbaik benda lain. so at the end kedua kedai tutup.

Hikmahnya, ilmu perbaiki pc yang aku dapat hasil dari kesilapan dulu. Dan satu lagi satu kalau nak berniaga kena jujur.

Nota Kaki : Bergambar bersama komputer baru waktu tuh