Tamat Sudah BPL

Semalam BPL season 2010/11 dah tutup buku, si setan merah sekali lagi cemerlang menang kali ke 19 nya. Cuma ralat sikit bila mana Ahsengal telah mensia-siakan kelebihan yang dimilik oleh depa pada awal musim.

Siapa sangka pasukan yang awal musim menyengat, namun ketika penghujung. Ahsengal hilang sengatnya. Masalah defend jadi punca. Buat macam mana pasukan ni paling kedekut nak belanja. Tapi harga tiket dikhabarkan antara yang paling mahal. Ha! macam tuh la berniaga.

Tapi satu yang respek kat pasukan ahsengal ni, dia percaya kat dia punya produk, so ini harga yang paling mahal dia perlu terima. 6 tahun tanpa kejuaraan. Tapi kalau tengok liberpool belanja gila-gila tapi hasil dia…

Hrmm liga kita macam mana, tahun ni kalau tercicir pasukan favourite pastinya undang-undang liga berubah lagi. Sebab tuh nilai komersil dia hanya takat boleh jual dalam negara. Sepatutnya dah lebih 10 tahun profesional liga kita boleh berada disatu tahap membanggakan. Tapi? fikir fikirkan.

Aku bukan kutuk liga kita , aku sendiri buat website untuk pasukan negeri aku dekat 8 tahun dah!