Rupanya Lama dah tinggai Unibersiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni saja berkongsi hasil kerja belajaq buat flash dulu dulu. Bila tengok balik hasil kerja keras macam batu hahah. Waktu ini ermmm masa tahun akhir kot. Masa tuh hanya ingat nak buat sebagai kenang kenangan, tak sangka pulak lupa dan jumpa balik pada tahun 2012.

Tengok semua kat dalam gambar kurus-kurus belaka, anak dara comei comei. Ish kalau jumpa la ni mungkin berbeza sangat kot haha, kalau dulu suara lemak merdu mungkin la ni serak sikit kot hehe. Apapun ia hanya dah jadi kenangan, mungkin ada dikalangan satu batch aku belajar dulu mungkin dah lupa kot. Sebab pernah sekali tersempak kat putrajaya lalu depan mata pon macam tak kenal ja. Tapi takpa la mungkin aku dah makin kacak berbanding dulu wakakak sebab tuh orang tak kenal pasrah je la. Dulu aku pon low profile takda sapa kenal haha.

Tengok balik video ni, teringat pakar photostat, pakar penulis nota, pakar sign untuk rerakan, mungkin semua dah berjaya kot, kan? Ada jadi cikgu, ada jadi business women, ada pakar penyelidik, pensyarah, fuh hebat-hebat belaka ya. baru9 tahun tinggal dah banyak berubah ye…