Kerja

Bad Feedback

Kadang kala kita kena tau had kita, minggu penghujung Julai dan Awal Ogos sangat stress, mungkin ada sedikit kesilapan pengaturan waktu kerja kerana waktu menerima kerja tak tengok jadual. Itu kelemahan pertama. Sikap tidak menolak merupakan kelemahan kedua. Makanya akibat yang ketara adalah pertindihan waktu bagi setiap tugasan 4 aktiviti tertindih pada masa yang sama.

Hasilnya, Komitmen berkurangan, kualiti kerja berkurangan.

Minggu ni terjumpa dengan rakan rakan yang membantu, rating dia berikan untuk kerja kali sangat poor, mungkin cakap berlapik. Tak mengapa sahabat terima kasih atas membantu menyelesaikan kerja, dan terima kasih atas feedback yang jujur. Moga pada masa hadapan akan cuba diperbaiki kerja yang diamanahkan.

Apapun bad feedback kadang kala bukan untuk menjatuhkan atau merendahkan seseorang tapi boleh memperbaiki kelemahan yang ada