Pandangan

Jika ianya sukarela datang dari hati dan ikhlas, usah menunding jari, cari titik persamaan

Salam Aidiladha, sejak 3-4 tahun kebelakangan ini banyak agensi dan NGO dah mula mengaktifkan pelbagai jenis aktiviti kebajikan. Kemuncaknya bila selepas banjir pantai timur, momentum selepas itu semakin hebat. Banyak NGO baru dibuat dan banyak orang yang dapat dibantu, alhamdulillah .  Tahun lepas pun ada aktiviti CSR yang berkaitan dengan orang ramai team kami buat, nama dia VCORE, tapi perjalanan sebelum buat VCORE juga banyak gak aktiviti komuniti yang dah tempat kerja buat sejak dari awal. Cuma VCORE ni unik sikit melibatkan pelbagai pihak. Macam macam pengalaman, isu dan macam macam la.

Bukan nak cerita tentang cerita benda  yang dah masuk buku sejarah tapi sekadar nak lontarkan pendapat tentang apa yang aku kurang setuju mengenai sikap sesetengah NGO. Mungkin ianya hanya melibatkan individu tapi bukan mewakili NGO tuh harapnya. Ok …yang tak setujunya aku mengenai sikap sikap NGO yang sering kali kelihatan cuba melukiskan sesuatu yang tidak cantik kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab. Disamping menolong orang tapi pada masa yang sama kita burukkan orang lain. Mengapa kita cuba memvisualkan sedemikian, Bagi aku kalau kita nak tolong orang yang dalam kesusahan ,letakkan kita sebagai orang tengah, pemudahcara dan cari titik persamaan untuk memastikan tujuan capai matlamat. Sikap tolong dan menunding jari ni tak ke mana sebenarnya.

Malah sangat melukakan lagi bila sindiran melalui grafik yang meperlekehkan agama kita, pastu kita sebarkan. Hebatkah kita? Bagi aku sangat memalukan bila dibuat oleh orang yang seagama dengan kita, beginikan cara kita berdakwah?. Selain itu, Pernah saya terjumpa, screen shot perbualan antara NGO kepada penjawat awam disiarkan, apa motifnya kita berbuat sedemikian. Sedangkan kes baru kita jumpa, bagi lah peluang pegawai yang bertanggungjawab yang menerima dan mengendali kes untuk buat semakan dan siasatan.

NGO kena fahami SOP setiap jabatan, sebab depa terikat kepada banyak benda dan perundangan, sebarang tindakan mereka boleh memberi pelbagai kesan. NGO takpa, tak terikat pada mana mana pihak malah rasanya tak diaudit pon. Namun tak dinafikan ada jugak kelemahan dalam pengurusan dan komunikasi yang menyebabkan maklumat tak sampai, namun kita perlu usaha sama sama bantu saling melengkapi. Tak perlu jadi one man show, hidup ini kena tolong menolong. Banyak hero pon dah join avengers. Kecualilah awak nak masuk politik.