Pandangan

Sajian Astro Makin Memualkan

Sajian astro makin memualkan, yang itu aku dapat katakan pada masa sekarang. Kalau dapat anda semua perasaan pada aidilfitri kali ini tiada apa yang baru ditonjolkan, kebanyakan filem yang ditayangkan kualitinya sangatla rendah. Begitu juga dengan kualiti drama yang disajikan begitu rendah dan memalukan. Dengan jalan cerita yang kurang menarik, garapan dan suntingan yang kurang kemas langsung tidak mencapai standard langsung dengan apa yang kita bayar.

Mungkin kerana monopoli yang mereka ada serta tiada persaingan, pengguna hanya mampu melihat sahaja dan membayar dengan satu harga yang tinggi bagi kualiti penyiaran yang lemah. Contoh sebuah drama semalam , www.cikgushida.com, rasanya drama Opah atau santan berlada dulu-dulu seratus kali ganda lagi bagus dari cerita tersebut dari segala sudut. Pulak ianya disiarkan dalam Astro Citra. Nak tengok kena tambah duit. Tapi bila subscribe kandungan penyiarannya langsung macam tv free ja. Dekat Atro Citra tuh masih disajikan dengan cerita Da Di Du, setinggan huh, lebih baik diaorang sediakan Astro Classics. Read more