Cerita seorang arbiter dengan si buta

20130608-145328.jpg

Salam 1Malaysia, pada malam rabu yang lalu aku berpeluang untuk bertemu seorang tok guru catur di malaysia. Sebelum ni hanya kenal melalui telefon dan facebook sahaja. Tapi malam tuh dapat mencari masa untuk bertemu dengan dia. Mulanya ingatkan beliau umur dalam 40-an tapi rupanya tua dari pak aku. Ini betul-betul punya sifu ni. Sangat berpengalaman dalam catur, kini dia juga jadi pengajar untuk OKU.

Sebenarnya aku tak tau pulak kata orang yang cacat penglihatan sebenarnya boleh bermain catur. Sedangkan orang yang celik pon tak reti nak main catur. Hebat, macam mana la dia latih orang orang istimewa ini bermain catur. Pada malam tuh tujuan perjumpaan adalah untuk mendapatkan maklumat keperluan bagi sukan badan berkanun yang akan dijalankan di perlis pada penghujung Jun ini. Tok guru catur ini aku jemput untuk menjadi arbiter bagi acara catur, dia ni sangat berpengalaman bukan setakat di Malaysia tapi diseluruh asia penah dia pi. Read more