Blog, Pandangan

Ikhlas Ke

Daripada pemerhatian aku, salah satu cara bagi meningkatkan trafik ke laman blog kita, adalah dengan membuat hebahan diblog seperti gengblogger.com yang merupakan satu jaringan sosial bagi penulis-penulis blog.

Mau atau tidak pastinya kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 10 orang pengunjung ke laman blog kita dengan menggunakan gengblogger.com. Jumlah ini mungkin lebih mengikut gaya penulisan kita, cara kita presentkannya dan topik yang menarik. Namun kalau kita selalu pos ke gengblogger sahaja sambil mengharapkan pembaca yang berlainan untuk masuk ke web kita adalah amat merugikan.

Ini menunjukkan bahawa topik atau gaya penulisan kita masih lagi tidak dapat menarik pelawat yang recurring ke laman blog/website kita. Ini aku alaminya tapi bagi aku ianya tidaklah sesuatu yang membimbangkan kerana apa yang aku buat hanyalah untuk bersuka suki sahaja, melepaskan apa yang terlintas. Namun bagi sesetengah orang, mereka mempunyai hajat untuk menulis kerana duit maka mereka terpaksa menggunakan pelbagai kaedah selain dari mepingkan di gengblogger sahaja termasuk satu kaedah yang amat menjengkelkan bagi aku. Read more