Kehidupan

Melepasi Sekatan Blue Coat Web Filter

Setelah beberapa bulan website azamrashid.com iaitu laman web personal aku tak dapat melepasi sekatan web filter Blue Coat yang telah dipasang di tempat kerja aku, harini dengan rasminya masalah yang aku saja hadapi sorang-sorang (sebab web ni aku ja yang masuk guna internet UniMAP) dah lepas. Masalah ni bukan kali pertama sebab tahun lepas juga pernah jadi apabila sistem blue coat diupkan maka website azamrashid.com secara automatiknya dihalang dan diklasifikan sebagai suspicious. Namun ianya dapat diatasi dengan melepaskan secara manual oleh pengendali didatacenter UniMAP.

Kali kedua ini setelah sistem blue coat dilaksanakan semula selepas kerosakan hardware, maka semua sistem telah diresetkan semula kepada default maka web aku juga sekali lagi takdapat diakses menggunakan perkhidmatan internet UniMAP. Untuk kali kedua ini aku cuba mendapat kepastian mengapa web aku ni diklasifikasikan sebagai suspicious. Nak kata aku ni ada sedia gambar blue takda pula, nak kata aku menggunakan keyword sepertiĀ  babyrina,melayu boleh, aksi ghairah artis takada pula so aku bertanya secara direct kepada pengendali sistem ni. Read more

Website Block dan Serangan Spam

20130508-103932.jpg

Salam 1Malaysia, rasanya aku pernah berkongsi mengenai website blog personal aku yang telah diblock oleh sistem Bluecoat melalui Wordless wednesday : Block. Sistem ini digunakan mengawal dan menapis semua penggunaan internet yang diakses oleh pengguna disesebuah organisasi. Pada mulanya, aku ingat bahawa web aku gagal melepasi tapisan bluecoat ini hanya di UniMAP sahaja. Tapi semua tempat yang menggunakan bluecoat akan gagal mencapai ke laman web aku. Read more