Pandangan

Jika, kalau atau nak pencen…pencen la segera

Andai terkeluar dari dari mulut seseorang itu ingin bersara samada diungkapkan dengan perkataan, jika boleh, kalau boleh, nak pencen hari ini atau 4 tahun lagi, sebagai individu yang mendengar relakanlah hasrat mereka itu.Suruhlah mereka pencen segera, walaupun dimana mereka ketika itu samada dikemuncak prestasi, pertengahan atau tempoh penurunan prestasi mereka itu walaupun usia mereka masih dikatakan masih kompetetif, memegang jawatan kapten atau posisi kritikal. Janganlah memandang sinis, janganlah dihalangi mereka sebab jika kita terus berharapkan mereka untuk melaksanakan bagi memenuhi kehendak kita semua pastinya rakyat malaysia akan kecewa. Relakan dan mula cuba mencari succesor yang baru yang mungkin lebih baik dari mereka yang ingin bersara.

Didalam malaysia ini terlalu banyak bakat yang masih belum diteroka, mungkin masih bersembunyi, mungkin masih belum berpeluang namun ini adalah peluang terbaik untuk ditonjolkan bakat baru. Posisi yang mereka tinggalkan pasti akan diganti dan mungkin yang bakal menggantikan mereka adalah lebih baik daripada mereka. Sebuah pasukan adalah seperti sebuah organisasi setiap posisi adalah dinamik dan sentiasa boleh diganti. Tiada yang kekal. Konsep tetap sama perlu ada pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Namun taktikal mungkin akan berbeza adakalanya 4-4-2 atau 3-5-2 atau 4-4-1-1 bergantung kepada jurulatih atau pengurus pasukan itu. Read more