Belajar DSLR

Akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak belajar penggunaan Kamera DSLR dan teknik yang betul bagi fotografi. Terima kasih rakanku yang menawarkan secara percuma dan semua makan ditanggung oleh diaorang. Aku rasa ini merupakan kursus yang aku paling setia duduk dan belajar. Mungkin sebab diluar bidang aku, maka aku beri perhatian yang lebih.

Kiranya sudah hampir setahun aku memiliki Canon DSLR 500D. Baru kini aku dapat menggunakan dengan betul. Baca melalui buku manual bukan aku tak buat, tapi tak paham. Sebab utamanya malasnya aku nak menterjemah perkataan yang berbelit. Maka agak sedikit kerugian pada aku diatas kelemahan aku tuh.

Fotografi ni aku rasa bidang yang menarik namun dia sepertimana kita nak jadi pelukis atau artis. Kena ada bakat, baru boleh menghasilkan karya yang terbaik. Namun bukan halangan untuk kita mencuba sesuatu sebagai hobi. Maka aku berkongsi 2 karya tak seberapa aku dimana kedua gambar langsung tidak diedit. Read more