Ermm Betul ke

Laman web aku diblock dari akses di tempat kerja aku. Penjelasan seperti dibawah. Terima kasih atas penjelasan yang cepat.

Semua personal website Pusat ICT dah blok sbb tiada kena mengena dgn P&P universiti, plus performance network kita dah terlalu perlahan kerana byk staf kita salah guna bandwidth internet (download lagu, movie, streaming) yg terhad di setiap kampus ************. Saya perlu lebih strict berhubung perkara ini dalam melaksanakan polisi akses ke internet secara amnya dalam network *******.

Minta maaf diatas kesulitan.

Sekadar berkongsi maklumat kepada rakan-rakan selepas mendapat penjelasan dari pegawai ict mengenai laman web aku kena block ditempat kerja aku. Cuma ada beberapa perkara sedikit memusykilkan aku. Pertama mengenai penggunaan bandwidth, bagi aku untuk personal web tidaklah terlalu besar penggunaannya. Lagi satu apa kaitan download lagu dan streaming, sedangkan pada ketika ini filter , barracuda yang digunakan dah cukup untuk menghalang pengguna dari mengakses.

Pandangan aku, mungkin pihak berkenaan perlu mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengawal salahguna dan bukannya mengikut standard customize filter yang dibeli sahaja. Mungkin web saya tidak melibatkan p&p, tapi bagaimana pula dengan pensyarah yang menggunakan medium laman web sebagai perantara pada masa yang sama digunakan sebagai laman personal. Dalam kes lain mungkin terdapat laman web yang mungkin tersekat tapi berguna untuk pembelajaran dan pentadbiran, rugikan.

Satu lagi, kalau pihak ini terus bersikap sedemikian sebenarnya kita terus reverse ke belakang. Bukannya terus memertabatkan universiti ke mata antarabangsa. Sebenarnya saya pernah mencuba untuk memasukkan video mengenai kkp di itunes university. Namun kerana polisi yang hanya menyelesaikan masalah kecil telah menghalang dari kita mencapai sesuatu lebih besar. Mungkin ini idea saya, tapi jika ianya datang dari jawatan jusa mungkin sesuatu yang berbeza akan berlaku.