Bagaimana menghadapi kerosakan data dalam PC

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Hari ini dah hampir 5 hari laptop aku rosak, yang mana hampir kesemua data dan kerja yang aku buat dari 2009 yang diletakkan dalam laptop aku tuh hilang kesemuanya gara-gara partion dalam disk corrupt. Sebab apa terjadi entah la maybe bad sector yang ada dalam harddisk aku. Ini merupakan kali kedua benda nih terjadi kat aku.

Kali pertama terjadi, pc office terus tak boleh on dan disk terus corrupt. So semua kerja hilang begitu saja. Waktu tuh langsung tak bersedia so kerugiannya sangat banyak. Kali kedua nih terjadi aku dah ada backup pada porteble hdd dan dalam pc office. Tapi yang malangnya kerja-kerja membackup data hanya aku buat sehingga oktober 2011. So kerja-kerja dari november hingga ke bulan mei nih langsung hilang tanpa jejak.

Mungkin lepas nih kena disiplinkan diri untuk membuat kerja backup-membackup sebulan sekali supaya selamat semua kerja yang aku buat. Kerja membackup sebelum ni aku hanya tumpukan pada hdd dan pc saja. Kali nih untuk kerja office aku, akan aku backupkan dalam sistem emanagement office. Kalau sebelum nih sekali sekala, la kena buat jugak! Kalau tak menangis sekali lagi.

Aku ada survey jugak google document dan dropbox.dua provider yang menawarkan ruang simpanan yang percuma. Cuma dekat unimap, protokolnya dia akan block laman web yang tawarkan perkhidmatan sebegitu. Mungkin diaorang nak elakkan penyalahgunaan kot. Kalau kedua nih boleh guna aku rasa semua dokumen akan aku up ke situ.

Satu lagi option penggunaan cloud itunes jugak. Cuma dia offer percuma 1 gb sahaja la, lepas pada tuh ke bayar. Kalau semua nih boleh guna jimatlah duit tak yah nak beli porteble hdd or thumbdrive lagi. Semua data pasti akan selamat. Apapun aku kena buat balik 2 3 dokumen sebelum audit dalaman bagi ms1722 dibuat pada bulan jun ni..