Kehidupan

Inikah ruangan pages dalam facebook yang bernilai …

Inikah ruangan pages dalam facebook yang bernilai RM 0.32 juta wahhhh. Kalaulah harga ni sanggup aku bagi percuma maintainent 2 tahun la. Ada lagi ka depa nak bukak tender buat pages ni, Myaspire nak masuk tender gak la.

 kkm2

 Kuala Lumpur: Ketua Audit Negara mempersoalkan kewajaran Kementerian Kesihatan (KKM) membayar RM319,568 kepada dua syarikat yang mengendalikan kempen kesihatan menerusi Facebook dan Twitter kerana skop kerja hampir sama selain perbezaan sebut harga tinggi.

Audit merujuk kepada bayaran RM199,068 bagi ‘Kempen Tak Nak Merokok’ menerusi Facebook kepada syarikat Eficaz Media Sdn Bhd, manakala hanya RM120,500 kepada Astonish View Sdn Bhd bagi kempen ‘Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit’ melalui Facebook dan Twitter.

Laporan itu menyebut harga yang ditawarkan iaitu RM120,500 dan RM199,068 adalah berbeza sebanyak RM78,568 (65 peratus) padahal skop kempen hampir sama.

 “KKM seharusnya menimbangkan kewajaran kedua-dua sebut harga itu kerana ada persamaan maklumat dalam sebut harga, selain memastikan laman sosial itu sentiasa relevan dan dikemas kini,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut Eficaz Media yang dilantik bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dibayar secara penuh berdasarkan bilangan Like/Fans sebanyak 100,000 Like/Fans.